Iklan

Najib mahu pinjaman SRC International ditambah RM1 bilion lagi, kata saksi

Bede HongTimothy Achariam5 years ago10th Jul 2019Berita
Najib razak corruption src trial  high court day 83 01
Bekas perdana menteri Najib Razak memberitahu Pengerusi KWAP Wan Abdul Aziz Wan Abdullah jumlah pinjaman RM1 bilion tidak mencukupi dan meminta dinaikkan kepada RM2 bilion. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Julai, 2019.
Iklan

BEKAS perdana menteri Najib Razak mendesak pinjaman SRC International dinaikkan sebanyak RM1 bilion semasa pertemuan sulit dengan Pengerusi Kumpulan Wang Diperbadankan (KWAP) Wan Abdul Aziz Wan Abdullah pada 2011, mahkamah diberitahu hari ini.

Wan Abdul Aziz, yang juga ketua setiausaha perbendaharaan memberitahu mahkamah, panel pelaburan KWAP memutuskan pada mesyuarat pada 5 Julai 2011 tidak dapat meluluskan permintaan SRC International untuk pinjaman RM3.95 bilion kerana ia berisiko tinggi.

Wan Abdul Aziz kemudian bertemu Najib untuk menyampaikan keputusan panel pelaburan KWAP. Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Azian Mohd Noor.

“Selepas itu, saya bertemu Datuk Seri Najib di Pejabat Perdana Menteri sekali lagi, kali ini berhubung urusan rasmi Kementerian Kewangan.

“Datuk Seri Najib kemudian meminta saya mempercepatkan kelulusan pinjaman SRC International daripada KWAP. Beliau juga memberitahu saya hanya pinjaman sebanyak RM2 bilion akan mencukupi dan bukannya RM1 bilion.

“Pertemuan ini hanya melibatkan kami berdua di Pejabat Perdana Menteri,” kata Wan Abdul Aziz, sambil menambah beliau tidak mengingati tarikhnya dan tidak mengambil sebarang catatan rasmi.

KWAP akhirnya mengeluarkan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada SRC International pada 29 Ogos 2011. – 10 Julai, 2019.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan