Iklan

Nama 'Jho Low' ada dalam BlackBerry pegawai AmBank, kata saksi

Bede HongTimothy Achariam5 years ago11th Jul 2019Berita
Src 36 110719 tmiseth 07
Penganalisis Bank Negara, Shuzairizman Shuib, 40, memberitahu Mahkamah Tinggi beliau memperoleh maklumat 46 nombor telefon Blackberry milik pengurus perhubungan Ambank, Joanna Yu dua hari selepas serbuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 Julai, 2019.
Iklan

BANK Negara mengambil data dari telefon pegawai AmBank seperti yang diarahkan mahkamah untuk membantu siasatan terhadap penglibatan Low Taek Jho dalam kegiatan haram, kata saksi kepada mahkamah.

Dalam satu serbuan di cawangan AmBank Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur pada 6 Julai 2015, penyiasat yang ditugaskan menyiasat kemungkinan berlaku penipuan dalam SRC Interntional telah merampas sebuah telefon BlackBerry milik pengurus perhubungan Ambank, Joanna Yu.

Penganalisis Bank Negara, Shuzairizman Shuib, 40, memberitahu Mahkamah Tinggi beliau memperoleh maklumat 46 nombor telefon daripada bimbit itu dua hari selepas serbuan.

“Kami keluarkan data daripada kad SIM dan kad memori dengan menggunakan kaedah pengkestrakan forensik,” kata Shuzairizman yang bekerja di jabatan forensik digital di Bank Negara.

Ketika menerangkan mengenai mesej pada aplikasi BlackBerry Messenger, saksi itu berkata: “Di sebelah kiri, saya nampak nama Jho Low.”

Shuzairizman berkata beliau tidak diberi arahan untuk mencari data mengenai urusan dengan Jho Low dan orang lain, tetapi hanya siasatan mengenai bekas perdana menteri Najib Razak.

Yu adalah salah seorang daripada tiga pegawai AmBank yang berhubung dengan pemegang akaun-akaun bank berkaitan Najib dan 1MDB, juga SRC International.

Dua lagi pegawai ialah Krystle Yap dan Daniel Lee. 

Shuzairizman menulis laporan selepas data dikeluarkan dan disimpan ke dalam DVD. – 11 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.      


 

Iklan
Iklan