Iklan

Saya tak tahu apa SRC International buat dengan pinjaman RM4 bilion, kata saksi

Bede HongTimothy Achariam5 years ago11th Jul 2019Berita
Src 36 110719 tmiseth 03
Bekas Pengerusi Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Wan Abdul Aziz Wan Abdullah memberitahu mahkamah hari ini bahawa tiada sebarang projek yang wujud menggunakan wang RM4 bilion yang dipinjam oleh syarikat SRC International Sdn Bhd daripada KWAP. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 Julai, 2019.
Iklan

BEKAS Pengerusi Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Wan Abdul Aziz Wan Abdullah memberitahu mahkamah hari ini bahawa tiada sebarang projek yang wujud menggunakan wang RM4 bilion yang dipinjam oleh syarikat SRC International Sdn Bhd daripada KWAP.  

Pendakwa raya dalam perbicaraan rasuah Najib Razak melibatkan dana SRC International hari ini membandingkan entiti itu dengan projek kerajaan terdahulu yang dipercepat tanpa banyak dokumen.

Semasa pemeriksaan balas, peguam belas Mohd Shafee Abdullah berkata amat jarang untuk projek dipercepatkan lebih awal dari dokumentasi sepatutnya oleh perdana menteri walaupun sebelum Najib.

Shafee memetik hotel 103 bilik yang dibina untuk pameran aeroangkasa LIMA yang pertama di Langkawi pada 1991, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Hab Asia Petroleum di Johor sebagai contoh.

Selepas Wan Aziz bersetuju dengan Sgafee, timbalan pendakwa raya Suhaimi Ibrahim kemudian meneliti semula saksi sambil merujuk ke hotel di Langkawi.

Suhaimi: Sama ada ada yang mendesak atau tidak (oleh kerajaan terdahulu), adakah projek itu wujud?

Wan Aziz: Ya.

Suhaimi: Sama dengan UEM (kumpulan lebuh raya)?

Wan Aziz: Ya.

Suhaimi: Bagi SRC International, adakah Tan Sri tahu apa yang berlaku terhadap pinjaman berkenaan?

Wan Aziz: Saya tak tahu.

Suhaimi: Adakah anda melihat hasil projek PLUS dan LIMA?

Wan Aziz: Ya.

Apabila Suhaimi bertanya kepada Wan Abdul Aziz sekiranya dia tahu apa yang berlaku kepada RM4 bilion yang dipinjamkan kepada SRC International, bekas pengerusi dana itu berkata tidak tahu.  – 11 Julai, 2019.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan