Iklan

Mahkamah tolak permintaan bawa bukti 1MDB ke perbicaraan SRC International

Bede HongTimothy Achariam5 years ago11th Jul 2019Berita
Src 36 110719 tmiseth 11 (1)
Peguam Najib Razak membuat permohonan untuk memasukkan sebahagian besar bukti dokumen 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke dalam perbicaraan SRC International. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 Julai, 2019.
Iklan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permintaan peguam Najib Razak untuk memasukkan sebahagian besar bukti dokumen 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke dalam perbicaraan SRC International.

Peguam pertahanan berkata, mereka mahu menunjukkan bahawa urus niaga berjumlah lebih RM2 bilion juga berlaku dalam akaun bank sama di bawah nama Najib.

Ini akan menyokong perbalahan mereka bahawa Najib mungkin tidak menyedari sepenuhnya semua urus niaga yang dilakukan atas namanya.

Bukti mengenai urus niaga diambil hari ini daripada saksi terbaru pendakwaan iaitu penganalisis Bank Negara Shuzairizman Shuib yang mengetuai pasukan forensik digital dalam serbuan ke atas AmBank Cawangan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan bahawa urus niaga dari 2011 hingga 2013 tidak akan diterima kerana mendahului tarikh kes jenayah Najib dalam SRC International pada 2014 dan 2015.  

Nazlan bagaimanapun membenarkan saksi untuk mengambil maklumat transaksi pada 2014 yang difailkan di bawah Lampiran C yang menyatakan tujuan transaksi kredit.

Maklumat ini juga diberikan kepada pengurus perhubungan bank. – 11 Julai, 2019.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan