Iklan

Aktivis alam sekitar dipanggil polis 

Nabihah Hamid5 years ago12th Jul 2019Berita
Kamy
Perhimpunan #myclimaterally anjuran kumpulan aktivis alam sekitar yang diadakan di Dataran Merdeka pada 7 Julai lalu.– Gambar Facebook, 12 Julai, 2019
Iklan

AKTIVIS alam sekitar dari Klima Action Malaysia (KAMY) akan dipanggil polis berhubung perhimpunan yang diadakan mereka di Kuala Lumpur minggu lalu.

Koordinator Perhimpunan Iklim 2019 dan aktivis KAMY, Ili Nadiah Dzulfakar dan Bavania Raj akan hadir ke Balai Polis Dang Wangi pada pukul 11 pagi esok bagi memberi keterangan.

“Saya dipanggil sebagai penganjur perhimpunan manakala Bavania Raj Ahli Jawankuasa Klima Action. Esok kami akan beri keterangan dan hadir bersama peguam,” kata Ili Nadiah kepada The Malaysian Insight.

Difahamkan, kedua-dua aktivis berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan perhimpunan #myclimaterally pada 7 Julai lalu.

Ili Nadiah berkata protes yang diadakan di Dataran Merdeka itu bagi mendesak kerajaan untuk lebih prihatin dengan krisis iklim yang sedang berlaku.

“Protes dijalankan khas pembukaan ops darurat dan ia berfungsi menggesa ahli Parlimen di Dewan Rakyat agar lebih banyak bercakap mengenai perubahan iklim dan mengambil berat serta bekerjasama antara satu sama lain tanpa memikirkan ideologi.

“Masalah krisis iklim ini berkait rapat dan boleh menjadi ancaman kepada kemusnahan ekologi,” katanya.

Media melaporkan perhimpunan berkenaan yang dianjurkan pada 7 Julai lalu turut menyaksikan peserta berarak dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka.

Mereka turut membawa sepanduk yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap isu alam sekitar. – 12 Julai, 2019

Iklan
Iklan