Iklan

Pindah lokasi kilang tidak selesaikan masalah pencemaran Pasir Gudang

Bernard Saw5 years ago16th Jul 2019Berita
Pollution pasir gudang 29
Pegawai Jabatan Alam Sekitar Johor ketika menjalankan pemeriksaan di sebuah kilang di Pasir Gudang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Julai, 2019.
Iklan

PENCINTA alam sekitar menegaskan pemindahan kilang dari Pasir Gudang, Johor tidak akan berkesan, kerana ia hanya akan memindahkan pencemaran ke kawasan lain.

Pihak berkuasa perlu mengubah minda mereka untuk menyelesaikan masalah ini, kerana langkah yang dicadangkan oleh beberapa pihak tidak menjadikan keadaan lebih baik tetapi sekadar penyelesaian sementara, kata mereka.

Selepas berlakunya pencemaran di daerah itu, beberapa pihak mencadangkan untuk memindahkan semua kilang itu, mewujudkan zon penampan di antara kilang dan kawasan kediaman serta menubuhkan biro Jabatan Alam Sekitar di kawasan perindustrian untuk memantau pencemaran.

Naib Presiden Persatuan Alam Semulajadi Malaysia (MNS), Vincent Chow memberitahu The Malaysian Insight apa yang diperlukan ialah perubahan mentaliti dan penguatkuasaan agensi terbabit.

“Bercakap memang mudah, tetapi tidak ada tanah bagi mereka (kilang) untuk berpindah. Sesetengah orang mencadangkan zon penampan tanpa mengetahui situasi sebenar.

“Kilang diluluskan oleh agensi kerajaan, termasuk pihak berkuasa tempatan, Pejabat Tanah, Jabatan Alam Sekitar, anda tidak boleh memindahkan mereka sekarang,” kata Chow.

Beliau berkata pencemaran itu hanya akan berpindah ke kawasan lain, sambil menambah perlunya perubahan dalam pemikiran di peringkat persekutuan dan negeri untuk memerangi masalah ini.

“Jika kita hanya memindahkan kilang ke tempat lain, masalah pencemaran masih ada, dan kawasan lain akan tercemar.”

Teh Kee Sin, bekas ahli majlis tempatan Pasir Gudang selama 11 tahun, berkata biro Jabatan Alam Sekitar tempatan perlu ditubuhkan untuk memantau kilang. – 15 Julai, 2019.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan