Iklan

Keputusan tangguh perbicaraan 1MDB diketahui hari ini

Bede HongTimothy Achariam5 years ago18th Jul 2019Berita
Court duta 201900718 afif 06
Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu mahkamah hari ini bahawa perbicaraan SRC International akan lebih perlahan dari jangkaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Julai, 2019.
Iklan

PERMOHONAN pihak pendakwa untuk menangguhkan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditetapkan mulai 19 Ogos untuk memberi laluan kepada kes SRC International yang sedang berlangsung akan diputuskan hari ini.

Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, beliau akan membuat keputusan petang ini selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak pada usul yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara minggu lalu.

Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu mahkamah hari ini bahawa perbicaraan SRC International akan lebih perlahan dari jangkaan.

“Kami sedang menyoal saksi ke-50 tetapi perlahan. Masalah timbul kerana tekanan yang diberikan oleh Hakim Nazlan untuk menamatkannya pada 16 Ogos.

“Kesilapannya kerana kita ada tarikh tutup,” katanya.

Thomas menambah bahawa tidak pasti berapa jumlah saksi pertahanan yang akan dipanggil pada peringkat akhir perbicaraan SRC International. – 18 Julai, 2019.

MENYUSUL

Iklan
Iklan