Iklan

Tiada tangguh lagi, mahkamah tetap kes 1MDB bicara 19 Ogos

Bede HongTimothy Achariam5 years ago18th Jul 2019Berita
Court duta 201900718 afif 11
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan kes 1MDB melibatkan Najib Razak bagi memberi laluan kepada keputusan kes SRC International, dan ia akan diteruskan pada 19 Ogos depan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Julai, 2019.
Iklan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan kes 1MDB melibatkan Najib Razak bagi memberi laluan kepada keputusan kes SRC International, dan ia akan diteruskan pada 19 Ogos depan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata permohonan itu gagal memenuhi syarat “alasan yang munasabah” yang ditetapkan di bawah Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah.

Sequerah juga sedia maklum bahawa perbicaraan SRC International dijangka akan berakhir pada Januari atau Februari 2020. 

Hakim bagaimanapun berkata, beliau sedia mempertimbangkan permohonan untuk menangguhkan beberapa tarikh bagi perbicaraan SRC International selepas perbicaraan 1MDB bermula. Perbicaraan itu akan diteruskan sehingga 14 November. 

Dalam reaksi segera, peguam bela Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau akan membuat rayuan mengenai keputusan itu di Mahkamah Rayuan sekiranya pihak pendakwaan tidak berbuat demikian. 

Pada penyerahan hari ini, kedua-dua pendakwaan dan peguam bela bersetuju kes SRC International perlu dihabiskan terlebih dahulu sebelum bekas perdana menteri tu berdepan sebarang perbicaraan jenayah lain. – 18 Julai, 2019

MENYUSUL

Iklan
Iklan