Iklan

Apa yang kita pelajari daripada kekuatan yang ditunjukkan PAS

Bede HongZulkifli Sulong7 years ago2nd Oct 2017Berita
Fastaqim2.0 tminazirsufari 307
Sebahagian daripada puluhan ribu penyokong PAS membanjiri Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus di Kuala Terengganu yang menjadi medan utama perhimpunan Fastaqim 2.0 hujung minggu lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 2 Oktober, 2017.
Iklan

TIDAK dinafkan puluhan ribu rakyat turun pada perhimpunan mega PAS Fastaqim 2.0 yang diadakan di Terengganu selama dua hari pada hujung minggu lalu merupakan satu ujian untuk kebolehan parti itu menggerakkan penyokongnya dalam jumlah yang besar dari seluruh negara. 

Apa yang kurang jelas adalah apa yang parti Islam itu capai dengan menunjukkan kekuatan sokongannya.

Hanya untuk menunjukkan kekuatan selepas berpisah daripada sekutunya dalam Pakatan Harapan, dan bekas ahli serta pimpinan progresifnya kepada pecahan parti Amanah, Fastaqim (bermaksud bangkit) merupakan kenderaan PAS untuk mengumumkan ia tidak memerlukan kuasa dan akan mengetuai blok ketiga parti politik Gagasan Sejahtera, yang terdiri daripada parti yang lebih kecil iaitu Ikatan, Berjasa dan Parti Cinta Malaysia. 

Selepas semua perkara itu, ini adalah apa yang kita tahu dan tidak tahu daripada Fastaqim:


Apa yang kita tahu

  • PAS menunjukkan ia masih mampu menarik penyokong yang ramai pada perhimpunan. Parti itu mempunyai 880,000 ahli dan memainkan peranan penting dalam menarik sokongan ramai dalam apa-apa perhimpunan seperti perhimpunan Bersih 2.0 yang disertai parti itu. Ahli PAS yang menyertai Fastaqim datang dari seluruh pelusuk negara, bukan hanya dari Terengganu. 
  • PAS masih mengekalkan disiplin tinggi petugas dan sukarelawan yang menggerakkan acara besar. Di Fastaqim, 3,000 anggota keselamatan dan ribuan lagi sukarelawan menguruskan gerai, pusat media dan menganjurkan aktiviti pertandingan berorientasikan keluarga. 
  • PAS turut menarik sokongan dan tenaga kerja entitinya, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), yang menjalankan perkhidmatan taman asuhan kanak-kanak. Guru PASTI diminta hadir perhimpunan itu dan membawa keluarga. PAS turut menguruskan sekolah agama dan ahlinya yang berada memberi dana kepada sekolah tahfiz, kebanyakan pelajar dan pengajarnya perlu hadir.
  • PAS mampu menggerakkan gerak kerja sukarelawan pada kos yang rendah. Kebanyakan penyokongnya hadir ke Fastaqim menggunakan perbelanjaan sendiri. Keluarga bersama-sama bergerak menggunakan kenderaan mereka sendiri manakala remaja dan belia menggunakan motosikal mereka sendiri. Tiada sebarang perbelanjaan minyak kenderaan mahupun makanan disediakan dan kebanyakan ahli PAS menumpang di rumah ahli yang lain di Kuala Terengganu ketika perhimpunan itu. 
  • PAS mengekalkan ideologinya sebagai teras, yang digambarkan presidennya Abdul Hadi Awang dalam ucapan penutup sebagai peringatan kepada akar umbi bahawa Islam adalah paling utama, walaupun terdapat keinginan untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. 

“PAS sudah banyak kali diuji, tapi masih kekal teguh, ia berkembang semakin kuat. Kita tidak akan mati jika kalah pilihan raya,” katanya. 

“PAS tidak akan tunduk dan akan kekal tegas dalam menegakkan Islam walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk permintaan untuk PAS tidak menggunakan perkataan Islam dalam namanya.”

“Kita tidak akan tunduk kepada tekanan itu,” kata Hadi. 


Apa yang kita tidak tahu

Walaupun sudah pamerkan kekuatannya, tiada siapa yang tahu bagaimana sebenarnya parti itu merancang untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14. 

  • Tidak disebut oleh pimpinan parti tentang agihan kerusi dan jumlah kerusi yang disasarkan selain kenyataan Hadi “sebanyak (kerusi) yang mungkin” akan dipertandingkan.
  • Negeri mana yang menjadi keutamaan PAS untuk bertanding. Selain serangan ke atas DAP, tidak disebut oleh pimpinan parti di mana PAS akan menggerakkan jenteranya. Tidak disebut juga negeri mana yang akan menjadi keutamaan. Sebaliknya Bersatu menyatakan mereka menyasarkan Johor, Perak dan Kedah.
  • Siapa yang PAS anggap sebagai musuh utama. Hadi tidak pernah menyebut parti komponen Pakatan Harapan dengan nama dalam ucapannya. Sepanjang perhimpunan dua hari itu, hanya nama parti Cina itu yang disebut sebagai musuh PAS. Tetapi ia tidak mungkin PAS akan bertemu DAP pada pertandingan satu lawan satu. Bagaimanapun, tidak disebut juga oleh Hadi tentang Umno dan pemimpinnya. 
  • Sama ada jumlah keahlian boleh diterjemah kepada undi, kerusi dan kuasa. PAS mmempunyai jumlah keahlian kedua terbesar dalam kalangan parti politik di negara ini, dibelakang Umno yang mempunyai 3 juta ahli. Parti Islam itu memiliki 14 kerusi Parlimen, berbanding DAP 36, walaupun hanya mempunyai hanya setengah juta ahli. Penganalisis menjangkakan PAS akan bertanding di 83 kerusi di Semenanjung Malaysia atau 140 kerusi di seluruh negara.
  • Sama ada PAS akan bersendirian pada pilihan raya. Fastaqim tidak mendedahkan sokongan Melayu dijangka akan diterima pada pertembungan tiga penjuru kerana mereka yang hadir kebanyakannya ahli atau penyokong PAS. PAS dijangka akan kehilangan lebih banyak undi bukan Melayu, berdasarkan retorik pimpinannya dan sokongan terhadap hudud. Namun bagaimana dengan berapa ramai Melayu akan mengundi parti Islam bila mereka mempunyai pilihan BN dan PH dan parti tempatan.
  • Mengapa “pemimpin terkemuka” tidak sertai parti itu. Bekas menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim, dan juga bekas pegawai kanan kerajaan termasuk bekas timbalan ketua pesuruhjaya SPRM Zakaria Jaffar dan bekas timbalan pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Abdul Rahim Che Daud telah dijemput menyertai PAS, namun ia tidak menjadi kenyataan. Lebih memalukan, lidah rasmi PAS Harakah melaporkan kedua-dua Zakaria dan Andul Rahim menyertai parti itu pada Sabtu, namun ia diperbetulkan oleh kedua-duanya dan ketua penerangan parti itu Nasrudin Hassan. 

Satu lagi khabar angin bekas ketua Wanita Umno Siti Zaharah Sulaiman menyertai PAS turut dinafikan sendiri oleh beliau. – 2 Oktober, 2017.

Iklan
Iklan