Tiada konspirasi dengan Jho Low untuk tipu SRC, kata pegawai bank
Iklan
BEKAS pengurus perhubungan AmBank menafikan berkonspirasi dengan ahli perniagaan dalam pelarian Low Taek Jho untuk menipu jutaan ringgt dari SRC International yang membawa kepada pertuduhan jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.
Joanna Yu - yang bekerja dengan AmBank selama dua dekad - ditekan oleh Timbalan Pendakwa Raya ad hoc V. Sithambaram untuk penjelasan selepas beliau dituduh oleh peguam bela Najib sebagai “pegawai bank penyangak”.
Sithambaram: Itulah tuduhan mereka. Bahawa kamu adalah seorang pegawai bank penyangak yang bertindak bersama Jho Low yang menyebabkan pertuduhan yang dihadapi tertuduh.
Yu: Kami tidak melakukan apa-apa. Tidak ada konspirasi Apabila akaun melebihi had pengeluaran, kami hubungi pemegang mandat, atau Jho Low. Jika tidak akan terdapat cek yang tidak dilayan pada akaun itu. Itu yang kami lakukan.
Sebelum ini, Yu telah ditanya sama ada Najib menuduh beliau berkomplot dengan Low untuk melakukan penipuan dengan menggunakan akaunnya, yang mana ia dinafikan oleh Yu.
Apabila Sithambaram mula menggunakan rujukan “pegawai bank penyangak”, peguam bela Harvinderjit Singh membantah soalan itu, mengatakan peguam bela itu tidak ada kelebihan untuk melihat log mesej chat BlackBerry sebelumnya.
Sithambaram meminta peguam bela menarik balik rujukan “pegawai bank penyangak”.
“Dalam perbicaraan mereka tidak boleh membuat dakwaan terhadap bank. Beliau adalah pengurus perhubungan untuk bank. Beliau adalah satu-satunya yang boleh jelaskan. Sekiranya tidak tarik balik, saya akan bertanya (soalan saya).”
Semasa pemeriksaan balas, Harvinderjit mencadangkan kepada Yu bahawa bekas ketuanya, bekas pengarah urusan kumpulan AmBank, Cheah Tek Kuang rapat dengan Low.
Harvinderjit mencadangkan bahawa sebelum penubuhan 1Malaysia Development Bhd, yang pernah memiliki SRC International, Low memainkan peranan penting dalam membawa banyak perniagaan kepada AmBank, yang mana ia dipersetujui Yu.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak sedar bahawa Cheah dan Low pernah makan bersama.– 22 Julai, 2019.
Berita penuh di sini.