Iklan

Pendakwa mohon mahkamah perintah Najib minta maaf 

Bede HongTimothy Achariam5 years ago23rd Jul 2019Berita
Src days 42 230719 tmiseth 07
Pasukan pendakwaan memohon mahkamah memerintahkan Najib Razak memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengenai perbicaraan kes SRC International yang sedang berjalan di Facebook pada minggu lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Julai, 2019.
Iklan

PASUKAN pendakwaan akan memohon mahkamah memerintahkan Najib Razak meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengenai perbicaraan kes SRC International yang sedang berjalan di Facebook pada minggu lalu.

Semasa penghujahan oleh pasukan pembelaan di Mahkamah Tingi Kuala Lumpur hari ini, Hakim Nazlan Mohd Ghazali meminta pendakwa menjelaskan tuntutan mereka.

“Kami menuntut tertuduh memohon maaf kerana membuat kenyataan dan berjanji tidak akan mengulanginya,” kata Peguam Negara Tommy Thomas sambil menjelaskan perbuatan bekas perdana menteri itu subjudis tetapi tidak membawa kepada kesalahan menghina mahkamah.

Minggu lalu, Najib mengulas mengenai keterangan seorang pegawai AmBank bahawa kad kredit di bawah namanya digunakan di sebuah kedai barangan kemas Switzerland di Itali, De Grisogono pada 8 Ogos 2014.

Kad kredit Najib membuat 10 pembayaran berjumlah €750,000 (RM3.3 juta). Menerusi dua hantaran di Facebook, Najib berkata beliau membeli hadiah untuk seorang kerabat diraja yang tidak dinamakan dan rombongan.

Terdahulu, ketua pasukan peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan hujah Thomas bahawa tindakan Najib itu subjudis tetapi tidak menghina mahkamah adalah pelik. – 23 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.      

Iklan
Iklan