Iklan

Syed Saddiq buat laporan polis keluarga diugut

Radzi Razak7 years ago4th Oct 2017Berita
Syed saddiq 20171002 tmihasnoor 003
Syed Saddiq membuat laporan polis keluarganya diugut tetapi tidak menjelaskan secara terperinci mengenai ugutan itu, mengatakan beliau mungkin mengadakan sidang media berkaitan isu itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Oktober, 2017.
Iklan

KETUA Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini membuat satu laporan polis berhubung ancaman terhadap dirinya dan keluarga.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran laporan mahupun tempat beliau membuat laporan sebaliknya hanya mengatakan ia berkait dengan “ancaman dan ugutan peribadi”.

“Saya mungkin akan memanggil sidang media atau mengeluarkan kenyataan selepas saya mendapat nasihat daripada polis,” jawab beliau melalui aplikasi WhatsApp kepada beberapa wartawan yang bertanya mengenai laporan polis itu.

“Saya mungkin akan memanggil sidang media atau mengeluarkan kenyataan selepas saya mendapat nasihat daripada polis,” jawab beliau melalui aplikasi WhatsApp kepada beberapa wartawan yang bertanya mengenai laporan polis itu.

Pada sidang media sebelah petangnya, Syed Saddiq menjelaskan beliau telah menerima ugutan peribadi menerusi “satu aplikasi” antara jam 1 hingga 1.30 pagi tadi.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mendedahkan kandungan atau bentuk ugutan yang diterima kerana perbincangan beliau dengan polis dan keluarga masih belum selesai.

“Sebelum ini terdapat ugutan terhadap bapa dan abang saya. Malam tadi saya dapat ugutan kepada diri saya sendiri. Satu malam tak boleh tidur. Bila bangun saya terus buat laporan polis pada jam 11 tadi.

“Selepas ini, jam 8.30 malam kena pergi ke Balai (Polis) Subang dan berjumpa dengan Inspektor di sana,” kata beliau kepada wartawan yang menanti penjelasan darinya.

Syed Saddiq turut mencabar bekas pengasas partinya, Hamidah Osman dan Kamarulzaman  Habibur Rahman yang mahu beliau menarik kembali kenyataan beliau pada Isnin lalu.

Hamidah telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan bekas naib presiden Bersatu itu telah ditawarkan wang untuk keluar daripada parti manakala Kamarulzaman membuat laporan polis hari ini mendakwa difitnah ketua Pemuda itu.

“Saya sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa,” kata beliau.

Bagaimanapun Syed Saddiq berkata beliau tidak akan berdiam diri dan akan meneruskan perjuangan beliau dengan berani.

“Ini adalah cara biasa untuk menakutkan orang. Saya takkan berdiam diri.

Pada Isnin lalu Syed Saddiq mendakwa umpan RM5 juta yang dibuat oleh “rangkaian sistematik dedak” yang dirancang penasihat kanan itu termasuklah geran untuk mendirikan sekolah debat di seluruh Malaysia.

Semalam, dalam temuramah yang disiarkan The Malaysian Insight, Syed menjelaskan ugutan terhadap keluarganya membuatkan beliau tidak dapat bertahan lagi hingga menyebabkan beliau mendedahkan mengenai tawaran wang yang diberikan kepadanya untuk ke luar negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

“Saya ada cakap sebelum ini yang mereka akan cuba lakukan seperti menyasarkan orang terdekat (ahli keluarga) saya. Kerana mereka tahu wang tidak boleh mengubah pendirian saya,” katanya dalam satu temubual dengan The Malaysian Insight semalam. – 4 Oktober, 2017.

Iklan
Iklan