Iklan

‘Tangan ghaib’ siap sedia sabotaj Pakatan, kata menteri

Sheridan MahaveraYvonne Lim5 years ago30th Jul 2019Berita
Pakatan harapan convention 070118 tmiseth 38
Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata wujud tangan ghaib yang cuba menggagalkan usaha dan dasar pembaharuan pentadbiran PH. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Julai, 2019.
Iklan

MEMANG ada tangan ghaib yang cuba menggagalkan usaha dan dasar pembaharuan pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

Beliau mengulangi kenyataannya tiga bulan lalu bahawa ada daulah terpendam yang memaksa Putrajaya untuk tidak mengesahkan Statut Rom, perjanjian antarabangsa yang sepatutnya menjadikan Malaysia anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kewujudan elemen gelap dalam institusi Malaysia itu dipertikaikan apabila Putrajaya gagal mengenal pasti siapa mereka.

Terma itu merujuk kepada sekumpulan individu yang berada pada kedudukan berpengaruh dalam institusi di negara ini dan pusat kuasa yang secara terang-terangan membawa agenda mereka sendiri yang tidak selari dengan kerajaan.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insight sebelum ini, Saifuddin berkata pihak itu wujud dan mereka mungkin akan sekali lagi cuba merosakkan rancangan Putrajaya pada masa depan untuk meratifikasikan konvensyen lain hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Kerajaan PH mendakwa elemen itu sengaja mempengaruhi bantahan masyarakat daripada perjanjian Rom itu dengan mendakwa menjadi anggota ICC akan melemahkan kuasa dan kedudukan sembilan raja Melayu di negara ini.

Kumpulan hak asasi Melayu dan NGO lain membantah konvensyen ICERD pada Disember tahun lalu. Malaysia kemudian menarik diri daripada meratifikasi perjanjian itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Julai, 2019.

Serentak dengan tahun kedua pentadbiran PH, Saifuddin memberi amaran tangan ghaib itu akan menyasarkan untuk mematahkan rancangan kerajaan menandatangani empat lagi perjanjian hak asasi manusia.

Pada masa sama, Saifuddin turut membezakan antara kemarahan dibina oleh daulah terpendam dengan kritikan tulen dan protes terhadap kerajaan.

“Daulah terpendam memang wujud dan mereka mempengaruhi persepsi dan kami perlu bersedia secara strategik,” kata Saifuddin berkenaan pendekatan kementerian terhadap usaha menandatangani empat lagi perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Mereka mungkin berada dalam kerajaan dan anda tidak tahu siapa mereka. Mereka ejen provokasi yang dibayar pihak tertentu untuk mencipta ketakutan dalam kalangan rakyat,” kata Saifuddin kepada The Malaysian Insight dalam satu temu bual video “Menteri dalam MyVi”.

“Dalam media sosial mereka sebarkan pelbagai cerita dan kempen. Ia mungkin berita palsu, separuh betul, tetapi ideanya ialah menghentikan pembaharuan tertentu daripada dilaksanakan atau untuk mensabotaj projek yang baik daripada dilancarkan.”

Walaupun tidak dapat menentukan siapa dalam daulah terpendam itu, Saifuddin berkata petunjuk diterima jelas menunjukkan mereka wujud.

“Anda tahu ada sesuatu yang sedang dirancang dan ada gerakan tetapi anda tidak dapat benar-benar pastikan siapa mereka,” katanya.

“Mereka mungkin individu yang lantang bercakap tentang sesuatu isu dengan hujahan yang mengarut tetapi mereka mendapat sokongan yang baik. Dan selepas itu anda lihat ada sesuatu akan berlaku.”

Bagaimanapun, Saifuddin tidak tahu sama ada individu berkenaan ada kaitan dengan mana-mana parti politik, atau tidak. – 30 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan