Iklan

PRU14 pun Pakatan mampu menang, apatah lagi krisis video seks, kata Saifuddin

Sheridan MahaveraYvonne Lim5 years ago31st Jul 2019Berita
Cameron highlands tmikamal 10
Ketua Setiausaha Sekretariat PH Saifuddin Abdullah berkata semangat dan persahabatan empat parti dalam PH kekal utuh. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Julai, 2019.
Iklan

JIKA Pakatan Harapan mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), ia akan dapat hadapi skandal video seks, kata Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Abdullah.

Ini kerana skandal terkini, yang mengingatkan politik longkang semasa era Barisan Nasional, tidak ada apa-apa berbanding dengan kemungkinan besar yang dihadapi semasa PRU14.

“Kita hanya gabungan politik yang memenangi pilihan raya umum tanpa berdaftar pun. Jadi saya yakin kita mampu berdepan krisis ini,” kata Saifuddin kepada The Malaysian Insight. 

Pakatan itu berdepan skandal paling serius berhubung video seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali. 

Skandal itu turut mengeruhkan hubungan antara Azmin yang merupakan timbalan presiden PKR dan presiden parti itu Anwar Ibrahim. PKR merupakan parti yang mempunyai paling banyak kerusi Parlimen dalam PH.

Azmin bagaimanapun berulang kali menafikan beliau merupakan salah seroang lelaki dalam video berkenaan dan analisis forensik membuat kesimpulan bahawa identiti individu yang terlibat tidak dapat dipastikan. 

Namun, walaupun beliau berulang kali menafikannya, timbul pula gesaan untuk Azmin sama ada meletakkan jawatan atau dipecat dari jawatan Kabinet. 

Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, Saifuddin mendakwa semangat dan persahabatan antara empat parti berkenaan kekal utuh. PH terdiri daripada parti PKR, DAP, Bersatu dan Amanah. 

“Terdapat persefahaman kukuh antara empat parti dan hubungan antara pemimpin dalam PH tetap baik,” katanya yang juga merupakan menteri luar. 

“Malah, ia kini lebih baik kerana kami kerap bertemu sama ada atas kapasiti kami sebagai menteri atau pada mesyuarat bulanan (majlis presiden PH),” katanya dalam segmen khas The Malaysian Insight, “Menteri dalam MyVi”.

Tambahnya, beliau berharap polis dapat selesaikan siasatan secepat mungkin dan mendedahkan hasilnya kepada umum. 

Ini kerana timbul desas desus bahawa dalang di sebalik skandal berkenaan adalah orang dalam PH yang mana beberapa aktivis ditahan untuk disoal siasat.

Antara yang dirahan adalah Setiausaha Politik Anwar Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

“Sekiranya benar ia datang dari dalam, ia merupakan ketidakadilan yang besar kerana rakyat menaruh harapan kepada PH,” kata Saifuddin. 

“Kita semua dalam PH percaya dengan politik bersih dan adil. Kami berdasarkan pembaharuan dan ini pastinya bukan dari dalam.” – 31 Julai, 2019.

Iklan
Iklan