Iklan

Proses ratifikasi perjanjian hak asasi manusia kini dijangka lebih lancar

Sheridan MahaveraYvonne Lim5 years ago31st Jul 2019Berita
Saifuddin abdullah
Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata Putrajaya akan beri jaminan hukuman sebat syariah tidak akan terjejas dengan perjanjian UNCAT. – Gambar fail EPA, 31 Julai, 2019.
Iklan

PUTRAJAYA mula memberi jaminan kepada pihak berkuasa undang-undang syariah bahawa sistem dua perundangan di negara ini tidak akan terjejas dengan adanya perjanjian hak asasi manusia terbaru yang akan diratifikasi oleh Malaysia.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata ia salah satu pendekatan yang diambil Pakatan Harapan (PH) bagi mengelak berulangnya dua kontroversi sebelum ini yang merencatkan rancangan kerajaan untuk menandatangani perjanjian hak asasi manusia antarabangsa.

Pentadbiran itu berhubung dengan pihak berkuasa undang-undang syariah bagi memastikan hukuman sebat syariah tidak akan terjejas jika Malaysia menandatangani perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain Yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT).

Ini memandangkan ada kebimbangan yang hukuman itu akan dianggap sebagai “kejam, tidak berperikemanusiaan dan merendahkan maruah” dan negara ini akan terpaksa menghentikannya jika ia menandatangani UNCAT.

Bercakap kepada pihak berkepentingan antara cara untuk meredakan kebimbangan terhadap perjanjian PBB itu selepas kontroversi tercetus terhadap konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rom, kata Saifuddin.

Kabinet juga menjadikan jabatan hal ehwal undang-undang di bawah pejabat perdana menteri sebagai pusat dan titik fokus untuk semua usaha pentadbiran dalam mempromosikan hak asasi manusia, kata saifuddin.

Langkah itu bermakna ada usaha lebih serius dan sistematik dalam memastikan kebimbangan terhadap isu hak asasi manusia akan mempengaruhi bagaimana kerajaan dan undang-undang negara ini beroperasi, katanya.

Beliau berkata dua langkah itu akan melancarkan laluan untuk Putrajaya meratifikasikan perjanjian hak asasi manusia PBB pada masa akan datang.

“Kabinet bersetuju supaya jabatan berkenaan undang-undang dan Menteri V K Liew jadi tempat titik fokus untuk kerja hak asasi manusia dalam kerajaan dan Wisma Putra mengendalikan aspek antarabangsa,” kata Saifuddin kepada The Malaysian Insight. 

“Ini penting. Pada masa lalu, kita tidak pernah ada titik fokus untuk kerja hak asasi manusia oleh kerajaan. Ini sangat positif kerana kami sekarang ada usaha lebih bersepadu,” kata Saifuddin dalam satu temu bual untuk segmen khas “Menteri dalam MyVi”.

“Sebelum ini, Wisma Putra ialah titik fokus untuk UPR (semakan berkala sejagat) iaitu proses melaporkan,” kata Saifuddin merujuk kepada proses di mana perkembangan Malaysia terhadap pelaksanaan standard hak asasi manusia akan disemak oleh PBB.

Proses UPR berbeza daripada kerja yang diperlukan untuk menjadikan hak asasi manusia dapat beroperasi dalam kerajaan dan sistem undang-undang, katanya.

“Sekarang anda ada menteri yang mengendalikan aspek hak asasi manusia jadi saya sangat berharap sekarang kerana kita sudah ada titik fokus, kita boleh mempercepatkan usaha meratifikasikan, salah satu atau kedua-dua perjanjian.”

Dua perjanjian itu ialah UNCAT dan Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED). – 31 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan