Iklan

Malaysia hantar mesej penting dengan buka kedutaan di Palestin

Sheridan MahaveraYvonne Lim5 years ago2nd Aug 2019Berita
Pakatan harapan penang 110318 tmiseth 05
Malaysia merancang untuk membuka kedutaan di Palestin, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Ogos, 2019.
Iklan

MALAYSIA dalam perancangan membuka kedutaan di Palestin, salah satu daripada sekumpulan kecil negara yang membuka misi luarnya di jajahan ditakluk Israel itu.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah memberitahu The Malaysian Insight berkata tindakan itu dibuat selepas Amerika Syarikat dan beberapa sekutunya melanggar norma antarabangsa dengan memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmaqdis pada hujung 2017.

Baitulmaqdis, kota suci untuk Yahudi, Kristian dan Islam dituntut oleh Israel dan Palestin dalam rundingan dua negara itu untuk menamatkan penjajahan Israel di Palestin.

Tetapi pada 2017, kerajaan konservatif pelampau Israel mengisytiharkan bandar itu sebagai ibu negara mereka.

“Kami hanya mahu jadi lebih proaktif dalam kerja-kerja antarabangsa. Kami tak mahu hanya tunggu perkara berlaku.

“Dalam konteks Palestin kami sudah menyatakan hasrat untuk membuka kedutaan di Palestin.

“Saudara mara Palestin kita sangat gembira kerana Amerika dan sesetengah negara lain mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota baharu Israel, Malaysia tiba-tiba muncul dan kata kita akan buka kedutaan di Palestin,” katanya dalam sebuah wawancara dalam segmen Menteri dalam MyVi diterbitkan The Malaysian Insight.

Saifudin bagaimanapun mengakui yang cabaran perhubungan dan logistik besar wujud kerana Israel mengawal pintuk masuk jajahan Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Keputusan untuk membuka kedutaan sama ada di Gaza yang ditadbir Hamas atau Tebing Barat yang dikawal Organisasi Pembebasan Palestin juga belum dibuat.

“Ia kenyataan politik dengan niat sebenar dan pada masa sama, kita tahu usaha itu sangat sukar terutama sekali melibatkan logistik,” katanya lagi.

Buat masa sekarang 40 negara mewujudkan kedutaan di Palestin, dan Malaysia akan jadi satu-satunya negara Asean berbuat demikian jika hasrat itu jadi kenyataan. – 2 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan