Pengguna media sosial sifatkan Kassim Ahmad sebagai 'Intelektual Melayu sejati'
Iklan
PEMIMPIN politik dan masyarakat sivil menggunakan media sosial bagi memberi penghormatan terakhir kepada penulis yang juga pemikir Islam progresif Dr Kassim Ahmad yang ramai menyifatkan sebagai intelektual yang berani dan teguh dengan pendiriannya.
Kassim, 84 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kulim pada jam 10 pagi tadi, selepas dimasukkan ke wad sejak bulan lalu berikutan masalah paru-paru.
Pemimpin masyarakat sivil, Ambiga Sreenevasan menggunakan menerusi Twitter berkongsikan saat penulis kelahiran Kedah itu menunjukkan keberaniannya berdepan dengan hukuman.
I remember him for his courage in facing the oppression and shameful treatment meted out to him. May he rest in peace. https://t.co/g9eRPQGbzH
— Ambiga Sreenevasan (@Ambiga_S) October 10, 2017
Penulis dan intelektual terkenal itu sering bercanggah dengan pihak berkuasa agama, dan menang dalam perbicaraan yang berlarutan selama tiga tahun dengan Jawi yang menyamannya kerana didakwa menghina Isam dalam satu seminar pada Februari 2014.
Bekas menteri Zaid Ibrahim turut menyatakan pandangan sama mengenai keintelektualan Kassim menerusi Twitter.
Innalillah , pak kassim gone. One True Malay intellectual, with conviction and grit so few have. They harassed him and malign him #fb
— Zaid Ibrahim (@zaidibrahim) October 10, 2017
Kumpulan Hak Asasi Sister in Islam menulis bahawa perjuangan Kassim yang menentang sekatan terhadap intelektual akan diteruskan.
“Doa kami sentiasa bersamanya dan keluarganya. Perjuangan untuk kebebasan intelek tidak akan dilupakan, Al-Fatihah”.
Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah turut menyifatkan Kassim sebagai ahli intelek yang berani.
Sedih mendengar berita Pak Kassim Ahmad meninggal dunia. Public intellectual yg berani. Semoga Allah mencucuri rahmat pd rohnya. Al fatihah!
— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) October 10, 2017
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengingati Kassim sebagai rakyat Malaysia yang berani yang enggan berdiam diri.
Rest in peace Pak Kassim Ahmad. You are proof tht ideas & thoughts cannot be chained.
A towering Malaysian who… https://t.co/KfdT5DopxA— Kasthuri Patto (@KasthuriPatto) October 10, 2017
Penulis Mohd Faizal Musa yang terkenal dengan nama Faisal Tehrani, berterima kasih kepada Kassim kerana menunjukkan jalan mencabar ekstremis agama.
Buku yang ditulis Faisal turut diharamkan oleh pihak berkuasa kerajaan. – 10 Oktober, 2017.