Iklan

Merdeka ini, ‘Malaysia Bersih’ bermaksud lebih dari memerangi rasuah

The Malaysian Insight5 years ago31st Aug 2019Berita
Merdeka day rehearsal 280819 tmiseth 03
"Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih" memberi banyak maksud kepada rakyat di negara ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 31 Ogos, 2019.
Iklan

“Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih” memberi banyak maksud kepada rakyat di negara yang diberkati ini.

Untuk sesetengah orang, tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah seruan untuk melawan rasuah di setiap peringkat masyarakat.

Bagi yang lain, ia perjuangan bagi memastikan generasi masa depan dapat menikmati udara dan air yang bersih.

The Malaysian Insight bertanya tentang apa dimaksudkan dengan tema kemerdekaan bersama beberapa pemimpin masyarakat dalam kerja anti-rasuah dan pemuliharaan alam sekitar

* Dr Muhammad Mohan, Presiden Transparency International Malaysia 

“Untuk mempunyai Malaysia yang bersih, tugas memerangi rasuah mesti dilakukan oleh semua orang dan bukan tugas kerajaan sahaja. Berdasarkan statistik SPRM, 53.4% daripada mereka yang mengatakan terbuka menerima rasuah adalah generasi muda di bawah umur 40 tahun.

“Jadi ibu bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab besar dalam membesarkan anak-anak mereka. Mereka harus diajar nilai tidak mengambil sesuatu yang bukan milik mereka. Saya sendiri diajar dari kecil, walaupun mengambil 20 sen secara tidak sengaja adalah satu kesalahan, ibu akan merotan saya.

“Itulah cara untuk mengajar generasi menghargai kejujuran dan integriti,” katanya.

Presiden Transparency International Malaysia Dr Muhammad Mohan berkata untuk mempunyai Malaysia yang bersih, tugas memerangi rasuah mesti dilakukan oleh semua pihak dan bukan tugas kerajaan sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Ogos, 2019.

* Pua Lay Peng, aktivis pencemaran plastik dan Setiausaha Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat.

“Malaysia akan mati akibat rasuah kerana ia adalah penyebab semua pencemaran. Menghapuskan rasuah sangat penting untuk kemajuan negara, kerana korupsi penyebab utama pencemaran.

“Malaysia telah gagal melindungi alam sekitar sejak merdeka dari segi pendidikan, penguatkuasaan dan undang-undang, kini tidak berdaya terhadap isu-isu seperti mengimport sampah asing dan hampir tidak ada sungai yang bersih. Kerajaan dan rakyat harus melihat semua ini dalam kemerdekaan yang ke-62 tahun ini.

“Saya menggesa pemimpin untuk menangani masalah pengimportan sisa pepejal yang menyalahi undang-undang dengan mencemarkan udara dan sumber air.

“Masalah alam sekitar yang paling ketara kita hadapi adalah disebabkan oleh rasuah dan oleh tindakan kita sendiri seperti pembakaran sampah secara haram. Jika polis mendakwa mereka yang membuat pembakaran terbuka, mereka hanya dilepaskan dengan hanya memberi rasuah.

“Kerajaan perlu segera mengetatkan undang-undang alam sekitar dan turun membasmi kegiatan rasuah. Saya harap kita tak ada lagi menteri bodoh yang memberitahu rakyat bahawa mereka boleh tinggal di dalam rumah dan memakai topeng muka sekiranya berlaku pencemaran.

“Saya harap kepimpinan negara akan memberi keutamaan kepada persekitaran, menghentikan penebangan hutan, menghentikan aktiviti perladangan di lereng bukit yang boleh mencemari sumber air. Selamatkan Malaysia kerana negara kita sudah menjadi syurga kilang kitar semula bahan buangan haram,” katanya. – 31 Ogos, 2019.

Pua Lay Peng melihat timbunan sampah plastik di kilang kitar semula haram di Jenjarom, Kuala Langat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.
 

Iklan
Iklan