Iklan

GrabCar silap teknikal, beri ‘bonus’ kepada pemandu

Low Han Shaun7 years ago14th Oct 2017Berita
Iklan

BEBERAPA orang pemandu GrabCar hari ini terkejut besar apabila membuka akaun GrabCar mereka dan mendapati “bonus” dimasukkan ke dalam akaun mereka.

Seorang pemandu GrabCar yang hanya mahu dikenali sebagai Muthu, 38, berkata perkara itu mengejutkannya dan dia menganggap itu adalah bonus Deepavali.

“Saya terima RM900 dalam akaun Grab saya pagi Jumaat, saya ingat itu adalah penghargaan Grab sebelum Deepavali, dan mengandaikan semuanya okay.

“Saya juga dengar beberapa kawan saya pun dapat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Tetapi, yang tidak diketahui Muthu adalah bonus itu adalah disebabkan kesilapan teknikal dilakukan GrabCar dan dibetulkan semula mala mini.

“Mereka menghubungi saya hari ini mengatakan ia adalah kesilapan teknikal dan meminta maaf, saya tak kisah sebenarnya. Saya fikir ini lawak jenaka kasar Tuhan meminta saya lebih banyak buat kebajikan,” kata Muthu.

Seorang lagi pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Johnny berkata dia juga terima “bonus” itu, tetapi serta merta tahu ia kesilapan teknikal.

“Grab biasanya masukkan upah mingguan kami ke dalam akaun bank kami setiap Khamis.

“Jadi bila saya terima RM500 pada Jumaat saya serta merta tahu ia adalah kesilapan teknikal, dan tak mungkin saya dapat banyak begitu dalam masa singkat. Jadi saya tak sentuh duit itu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Johnny menerima pesanan mesej ringkas daripada Grab meminta maaf tentang perkara itu.

“Masalah itu diselesaikan malam ini selepas mereka menyedari kesilapan itu.

“Mereka juga ingatkan kami untuk simpan minimum RM30 dalam akaun kami itu kekal aktif menerusi mesej dan itu sahaja,” katanya.

Seorang jurucakap Grab mengesahkan wujudnya masalah teknikal, tetapi ia sudah dibetulkan.

“Kami sedar tentang masalah teknikal itu,” katanya. – 14 Oktober, 2017.

Iklan
Iklan