Iklan

Bukti bertentangan semasa inkues Adib timbul persoalan

The Malaysian Insight5 years ago27th Sep 2019Berita
result inkues adib
Sebahagian NGO yang berkumpul di luar mahkamah bagi mendengar keputusan inkues hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 27 September, 2019.
Iklan

SELEPAS bukti bertentangan oleh pakar forensik mengenai punca kecederaan dialami oleh anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim semasa rusuhan kuil, Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematiannya adalah “perbuatan jenayah”.

Walaupun keputusan itu diterima secara meluas oleh kebanyakan pihak, termasuk keluarga Adib, ia menimbulkan banyak persoalan memandangkan rusuhan pada 27 November tahun lepas yang berlaku 10 bulan lalu. Siapa yang akan disiasat polis sekarang? Siapa yang akan didakwa melakukan pembunuhan itu?

Sepanjang inkues yang bermula pada Februari dan berakhir pada Julai, hanya terdapat dua kemungkinan yang menjadi punca kecederaan Adib - sama ada beliau ditarik keluar dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dipukul oleh orang ramai, atau dilanggar oleh sebuah kenderaan jabatan bomba yang sedang berundur.

Perlu diingatkan semula, kontroversi yang melibatkan unit Adib, Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, dan mengapa rakannya yang lain hanya sedar beliau tertinggal di tempat kejadian selepas pulang ke pangkalan. Inkues tidak menjawab sewajarnya persoalan ini.

The Malaysian Insight mengkaji semula keterangan yang dikemukakan semasa inkues:

Pakar bedah kardiotorasik Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Dr S. Anand:

Dr Anand merawat Adib di SJMC selepas rusuhan sehingga beliau dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN). Beliau berkata imbasan CT di bahagian atas badan Adib menunjukkan normal tetapi di bahagian dadanya yang menunjukkan kecederaan disebabkan oleh trauma tumpul.

Memandangkan kecederaan sebahagian besarnya tertumpu pada bahagian dada, Dr Anand berkata ia menunjukkan “kurangnya kemungkinan” Adib menjadi mangsa serangan.

Adib mempunyai kontusi pada paru-paru dan ruang antara dinding dada dan paru-paru dipenuhi udara, selain beberapa tulang rusuk patah. Keadaan Adib stabil tetapi memerlukan mesin oksigen khas yang tidak miliki SJMC, dan beliau dipindahkan ke IJN.

Pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi:

Dr Hafizam melakukan bedah siasat terhadap mayat Adib selepas kematiannya, iaitu 21 hari setelah beliau mengalami kecederaan semasa rusuhan.

Beliau memberitahu inkues ketiadaan tanda cengkaman pada tubuh Adib menunjukkan beliau tidak ditarik dari kenderaannya. “Sukar untuk menarik seseorang dari kenderaan yang bergerak dan (terutamanya jika) secara fizikalnya beliau seorang berfizikal tegap. Tiada tanda cengkaman ketika kami melakukan bedah siasat “. – 27 September, 2019.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan