Iklan

Bila buat orang jelik satu jenayah

Thor Kah Hoong7 years ago15th Oct 2017Berita
Dscf9663 erteh tarik session law interview 03 er
Surendra Ananth, pengerusi bersama Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Majlis Peguam bercakap tentang asal minatnya terhadap undang-undang dan landskap keadilan dalam institusi perundangan Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 15 Oktober, 2017.
Iklan

THE Malaysian Insight berbual dengan dua orang peguam muda yang bekerja secara pro bono (bantuan guaman percuma) berbanding bekerja dan menerima gaji tinggi dalam perundangan korporat. Perkenalkan Surendra Ananth, pengerusi bersama Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Majlis Peguam dan Joanne Chua Tsu Fae.

TMI: Mengapa undang-undang? Ada peguam dalam keluarga anda?

Surendra: Pada mulanya ia satu harapan yang diletakkan kepada saya oleh datuk dan ayah yang mahu belajar undang-undang tetapi tak boleh. Saya tidak tahu apa yang saya mahu lakukan selepas STPM. Saya boleh pergi ke NUS (National University of Singapore) untuk belajar ekonomi, tetapi tiada duit, dan saya diterima masuk ke pengajian undang-undang di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia). Akhirnya, saya jatuh hati dengan undang-undang.

Joanne: Saya peguam pertama dalam keluarga. Saya budak yang cepat ‘tangkap’, mula bercakap ketika baru berumur enam bulan, jadi emak tahu yang saya akan jadi peguam. Di sekolah kita diberikan kad untuk senaraikan tiga pekerjaan pilihan; ketika itu pun saya sentiasa tulis peguam.

Surendra: Mulanya, saya tak suka. Susah. Undang-undang Perlembagaan adalah mata pelajaran tahun pertama, dan saya jadi tahu tentang politik negara. Pendedahan bukan sekadar apa yang berlaku, tetapi juga apa yang tidak berlaku, yang sepatutnya berlaku, mencetuskan minat dan saya perlu lakukan sesuatu. Pensyarah saya orang yang suka buat pelajar berfikir dan menggalakkan saya untuk ada pendirian berbeza.

Joanne: Saya ingat saya akan sertai NGO, buat kerja sosial. Saya tak pernah terfikir yang saya akan jadi pengamal undang-undang. Tapi ada benda jadi…saya mula kerja di firma undang-undang Zaid Ibrahim, syarikat undang-undang korporat terbesar negara. Mereka benarkan saya buat projek sampingan, jadi saya tolong Edmund Bon dengan kanak-kanak tanpa kerakyataan, dan saya dalam pasukan khidmat guaman untuk Bersih.

Saya sedar ini yang saya mahu buat, jadi saya pindah ke Thomas Philips, dan kami buat banyak kerja dengan Gobind Singh Dep. Jadi saya sertai pasukannya.

Hari pertama saya dengan syarikatnya, untuk kes pertama, saya diberikan kes Teoh Beng Hock. Saya mahukan kes seperti itu, dan saya dapat.

TMI: Berubah daripada tragik kepada yang tersangat tak boleh diterima, boleh berikan reaksi anda terhadap beberapa kejadian politik yang kita saksikan baru-baru ini, bermula dengan jenayah serangan dengan belon?

Joanne: Balqis didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil, akta yang sangat lama, kerana itu hukuman maksimum adalah RM100. Undang-undang itu jarang digunakan, tetapi mereka gunakan kerana mereka tak jumpa apa lagi yang sesuai dengan kesalahannya.

Surendra: Seksyen 233 dan 506 berkaitan menghina seseorang sangat kabur kerana terma “menghina” tidak didefiniskan.

Joanne: 233 meliputi kandungan dalam talian…

Surendra:…dibawahnya ramai orang didakwa. Anda tak boleh menjadikan tindakan menghina seseorang sebagai satu jenayah. Saman fitnah ada untuk anda gunakan kepada orang yang hina anda. Untuk menjadikan penghinaan satu jenayah adalah bertentangan dengan hak asasi kebebasan bersuara, apatah lagi bila ia melibatkan pegawai kerajaan. Seorang pegawai kerajaan tak boleh saman melainkan ia adalah serangan peribadi dan tiada kaitan dengan apa yang dia lakukan dalam tanggungjawab rasminya.

TMI: SPRM marah kerana Lim Kit Siang mengaitkan mereka dengan monyet.

Joanne: Seksyen 233 sangat kabur,  syarat jenayah dilakukan sangat lemah. Apa yang anda perlukan untuk buat salah hanyalah membuatkan orang lain jelik. Baru-baru ini, sebuah mahkamah di Kenya mengeluarkan penghakiman yang saman jenayah melanggar Perlembagaan. Ini berlaku di sebuah negara Afrika, tetapi di Malaysia ia disalah guna.

Surendra: Bolehkan kebenaran dianggap penghinaan? (Ketawa) Apa akan jadi kalau saya kata orang itu bodoh dan berjaya buktikan?

Joanne: Justifikasi sebagai pembelaan kerana hina seseorang….hmmm (ketawa).

Tiada satu cara sahaja untuk tengok dan nilai undang-undang, tiada salah, tiada betul, kata Surandra dan Joanne dua peguam muda yang menghabiskan usia muda mereka memperjuangkan keadilan hak asasi di Malaysia.  – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 15 Oktober, 2017.

TMI: Membongkar kebenaran tentang kebodohan seseorang akan ambil semua masa pasukan peguam. Bagaimana dengan lagak pecah arak Jamal?

Joanne: Apa yang Jamal buat merbahaya, ia (tindakan Jamal) adalah buli. Bila dia hanya dijatuhkan hukuman ringan, ia akan buat orang lain jadi berani untuk buli juga.

TMI: Ia hanyalah sandiwara. Tak ada orang yang cedera kan?

Joanne: Kalau ada yang cedera? Khalid Samad diserang di kawasan Parlimen. Serangan itu dianggap kesalahan kecil sedangkan mereka boleh dakwa dengan undang-undang kesalahan yang lebih besar. Mereka mempunyai kata putus yang sangat luas dalam pelaksanaan undang-undang.

TMI: Dacing keadilan tidak seimbang sejak mula? Dacing ada bias? Pegawai penguatkuasaan hal ehwal pengguna, tolonglah. Adakah anda rasa sakitnya, kerana penghakiman hanya menafsirkan undang-undang yang dirangka oleh legislatif? Terpulang kepada hakim untuk buat penghakiman dan peguam terpaksa berhujah dalam kerangka perundangan yang kabur.

Surendra: Dalam Perlembagaan ada senarai hak asasi, seperti kebebasan bersuara. Terma untuk hak-hak ini kabur. Ada hakim yang akan ambil pendekatan liberal (lebih terbuka). Yang lain ambil pendekatan hurufiah, secara literal. Ambil kes larangan perjalanan Tony Pua misalnya.

Ramai orang yang marah dengan keputusan itu, tetapi sekiranya mereka baca penghakiman, hakim itu ada asas. Beliau ambil misalan kes sehingga 1950-an. Ada yang kata kita perlu ambil misalan yang lebih terkini, tetapi beliau ada asas penghakiman.

Kita sekarang menyaksikan penghakiman yang menggunakan pendekatan yang lebih konservatif. Saya pernah menang dan pernah kalah. Apa yang saya belajar daripada kekalahan itu adalah kita tak boleh bergantung sepenuhnya kepada mahkamah dan peguam untuk perubahan yang berkesan.

Litigasi adalah alat untuk kesedaran. Ambil kes transgender. Ramai orang tidak tahu mengenai kesusahan mereka. Kes itu mencetuskan perubahan pada pihak lain juga.

Joanne: Pendekatan Surendra terhadap undang-undang sangat terbuka—yang tiada satu cara sahaja untuk tengok dan nilai undang-undang, tiada salah, tiada betul.

Saya rasa itu cara yang tepat. Apabila sampai soal menafsirkan Perlembagaan, hak rakyat perlu dirangka dengan terbuka, dan sekiranya ada sekatan terhadap keterbukaan itu, ia perlu ditafsir dengan sangat teliti. Itu sahaja ujian yang menjadi tanggungjawab hakim: hak terbuka, sedikit sekatan.

Surendra: Mengikuti perkembangan Malik Imtiaz Sarwar di Mahkamah Persekutuan, saya belajar untuk bercakap dengan hakim- misalnya jika anda terlalu mendesak sesuatu hak, mereka akan panik; apa jadi kalau ia buka pintu kepada kes lain? Longgarkan nada. Berhujah dengan cara berbeza. Kita perlu gunakan sebaik mungkin apa yang kita ada. Kita perlu jaga hubungan dengan kehakiman.

Joanne: Mengapa kita terus buat? Ia mengecewakan. Ia memenatkan, tetapi kita perlu terus desak, lawan demi perubahan.

Surendra: Saya tak begitu berharap seperti dia. Baru-baru ini saya buat keputusan untuk buat Sarjana di Oxford, kerana ia akan beri saya peluang memperjuangkan hak asasi manusia dengan cara yang berbeza. Saya tak tahu, berapa lama lagi saya boleh bertahan? Saya kagum dengan peguam-peguam ini, Imtiaz, Gobind yang terus setia dalam perjuangan mereka.  – 15 Oktober, 2017.

Iklan
Iklan