Iklan

Jawatankuasa hubungan kaum perlu dibentuk, kata Ambiga

Bede HongNoel Achariam5 years ago11th Oct 2019Berita
Ambiga 02
Walaupun Putrajaya kini diambi alih kerajaan baharu, retorik perkauman kian meningkat, kata kata peguam dan aktivis hak asasi manusia Ambiga Sreenevasan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2019.
Iklan

SATU jawatankuasa pilihan mengenai hubungan kaum merangkumi ahli politik kerajaan dan pembangkang perlu ditubuhkan bagi mencegah ucapan kebencian dan jenayah kebencian, kata peguam dan aktivis hak asasi manusia Ambiga Sreenevasan.

Beliau yang juga bekas pengerusi Bersih 2.0 berkata walaupun Putrajaya kini diambi alih kerajaan baharu, retorik perkauman kian meningkat.

“Semua orang mesti bertanggungjawab untuk kemanan dan keharmonian,” katanya pada forum  “Freedom of Speech in Malaysia Baru, ‘Sembang’ or Reality?” di Universiti Malaya hari ini.

“Situasi ketika ini tidak boleh dibiarkan. Secepat yang mungkin, organisasi ini perlu menjadi pelopor dan masyarakat sivil akan menyokong.”

Jawatankuasa itu juga perlu melibatkan pemimpin agama, tambahnya.

Pada forum itu juga Ambiga menyasarkan pembangkang yang menurutnya tidak lagi mempunyai rasa tanggungjawab dalam isu hubungan kaum kerana bukan lagi kerajaan yang memerintah.

“Jawatankuasa pilihan ini mesti merangkumi Umno, PAS dan parti politik lain. Mereka semua bertanggungjawab demi masa depan negara ini.

“Sekarang mereka fikir mereka boleh menjadi lebih rasis kerana mereka tidak lagi berkuasa. Mereka tidak lagi bertanggungjawab dalam tadbir urus,” katanya. – 11 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.            

Iklan
Iklan