Iklan

Imbasan 1MDB: Jho Low kurangkan penglibatan untuk lindungi Najib

Bede Hong5 years ago13th Oct 2019Berita
1mdb 20191010 afif 07
Bekas perdana menteri Najib Razak berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Oktober, 2019.
Iklan

AHLI perniagaan buruh Low Taek Jho berpura-pura mengurangkan penglibatannya dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi melindungi bekas perdana menteri Najib Razak, mahkamah tinggi mendengar minggu lalu.

Sepanjang menjadi CEO 1MDB dari 2009 hingga 2013, Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendapati Low mengurangkan penglibatannya kerana orang Umno “dengki” dengan hubungan rapat antaranya dengan Najib.

“Ada perasaan dengki antara orang Umno terhadap pengaruh Jho Low dan akses terhadap Datuk Seri Najib.

“Ketika itulah saya akui apabila Jho (Low) memaklumkan kepada saya bahawa penglibatannya (dalam 1MDB) perlu dikurangkan agar tidak mengugat kedudukan Datuk Seri Najib,” tambahnya.

Apabila ditanya atas alasan tertentu kenapa Low mahu mengurangkan penglibatannya, Shahrol menjawa semasa pemeriksaan balas bahawa etnik Cina ahli perniagaan itu dianggap sebagai liabiliti politik.

Najib, 66, berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Pendakwa raya telah menuduhnya bersekongkol dengan Low untuk menipu dana kekayaan berdaulat.

Saksi mendakwa bahawa dia tidak pernah curiga dengan kegiatan jenayah yang dilakukan Low sehinggalah penguat kuasa mula menyiasat dana pelaburan yang disokong negara itu pada 2005.

Ini kerana bekas CEO 1MDB itu itu tidak pernah melihat tandatangan Low pada mana-mana dokumen yang berkaitan dengan 1MDB.

Bagaimanapun Shahrol mengakui bahawa beliau mungkin telah diambil menjawat jawatan CEO 1MDB kerana tidak berpengalaman dalam hal kewangan.

Shahrol dilantik berdasarkan cadangan Low yang merupakan pelanggannya pada kerja terdahulu sebagai pengarah urusan dalam syarikat perundingan Accenture. – 13 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan