Iklan

Perbicaraan 1MDB Najib bersambung petang ini 

Bede Hong5 years ago14th Oct 2019Berita
1mdb 20191010 afif 09
Perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung kes 1MDB ditangguhkan ke petang ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Oktober, 2019.
Iklan

PERBICARAAN 1MDB Najib Razak yang ditangguhkan akan bersambung petang ini berikutan permohonan daripada pihak pendakwaan.

Timbalan pendakwa raya kanan Gopal Sri Ram, yang mengetuai pendakwaan, mempunyai satu lagi kes komersil di Mahkamah Persekutuan pagi ini, yang disahkan oleh timbalan pendakwa raya Akram Gharib ketika dihubungi hari ini.

Perbicaraan Najib akan bermula selepas makan tengah hari, tambahnya.

Saksi pendakwaan kesembilan, bekas CEO 1Malaysia Development Berhad Shahrol Azral Ibrahim Halmi akan diperiksa balas oleh peguam bela Muhammad Shafee Abdullah pada hari kelima hari ini.

Najib, 66 dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa untuk memperkayakan dirinya dengan RM2.3 bilion darpada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram dalam jumlah yang sama.

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram bagi jumlah yang sama.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram mengetuai pendakwaan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah. – 14 Oktober, 2019.


  

Iklan
Iklan