LANGSUNG: Kurang bukti sokongan, peguam bela ragu-ragu kesaksian Shahrol
Iklan
SAKSI kesembilan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Shahrol Azral Ibrahim Halmi kembali memberi kenyataan pada perbicaraan Najib Razak yang memasuki hari ke-21 hari ini.
Shahrol akan disoal balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah untuk hari kelima.
Pada Khamis, Shahrol memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ahli perniagaan buruan Low Taek Jho bertindak sebagai “penasihat” (consigliere) kepada Najib.
“Congsigliere” adalah terma Sicily untuk penasihat atau kaunselor kanan kepada bos Mafia, ia dipopularkan dalam filem The Godfather.
Shahrol berkata ia merupakan cadangan Low untuk Najib meluluskan pelantikan hartawan perniagaan Perancis Bernard Arnault sebagai ahli lembaga penasihat antarabangsa Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
Arnault merupakan CEO syarikat barangan mewah LVMH Moet Hennessy.
Low turut mengesyorkan pelantikan ke lembaga CEO Mubadala Development Company Khaldoon Khalifa Al-Mubarak, bekas CEO ExxonMobil Lee Raymond, bekas Ketua Pegawai Eksekutif General Electric Jeffrey Immelt dan bekas CEO Walt Disney Michael Eisner.
Antara yang dilantik kemudiannya menjadi ahli lembaga ialah Khaldoon, Arnault, pengerusi CITIC Group Chang Zhenming dan bekas perdana menteri Qatari Hamad Jassim bin Jaber Al Thani.
Sharol juga memberi keterangan bahawa AmBank pada 2009 tidak pernah memberitahu TIA dan tertuduh bahawa bank itu terlibat menjual bon untuk keuntungan singkat yang menyebabkan syarikat didakwa ada kaitan dengan Low Taek Jho untung beratus juta ringgit.
Perkara itu berkaitan penjualan bon bernilai RM5 bilion yang diterbitkan oleh TIA pada 29 Mei 2009 untuk membangunkan Pulau Bidong di Terengganu.
Najib 66, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram bagi jumlah yang sama.
Pihak pendakwaan menuduh bekas perdana menteri itu berkomplot dengan Low yang kini dalam pelarian, untuk menipu syarikat pelaburan negara itu.
Tertuduh diwakili sepasukan peguam yang diketuai oleh Shafee.
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram mengetuai pihak pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah.
The Malaysian Insight membawa anda prosiding hari ini secara langsung:
5.05pm: Mahkamah ditangguhkan.
5.02pm: Shafee menyimpulkan pemeriksaan balas untuk hari ini.
Dia memberitahu mahkamah tertuduh terpaksa menghadiri “question time” di Parlimen.
Shafee juga meminta perbicaraan esok untuk bermula lewat pada jam 2.30 petang kerana kehadirannya diperlukan di mahkamah lain.
Hakim Sequerah membenarkan kedua-dua permintaan.
4.39pm: Shafee menuduh saksi cuba menyembunyikan keadaan sebenar kewangan 1MDB dengan menentang audit dan saksi itu “bersekongkol” dengan Low.
Shahrol tidak bersetuju.
4.28pm: Shafee menuduh Shahrol mengikuti arahan Low yang “membuta tuli”.
Saksi itu mengatakan bahawa dia mematuhi arahan untuk menentang audit kerana Low mewakili Najib, pemegang saham tunggal 1MDB.
4.14pm: Saksi bersetuju dengan cadangan bahawa Ketua Audit dan 1MDB tidak bersetuju dengan keperluan audit.
4.08pm: Shafee merujuk surat daripada 1MDB kepada Ketua Audit Negara.
3.45pm: Mahkamah berehat.
3.27pm: Shahrol: Isu ini telah diperkatakan oleh pembangkang pada masa itu.
Oleh itu, saya percaya Jho (Low) apabila dia berkata menyekat audit adalah untuk melindungi kepentingan politik perdana menteri.
3.25pm: Shahrol: Tidak. Apa yang dikatakan Jho Low adalah selaras dengan tindakan Datuk Seri Najib dan tidak pernah sekali selepas fakta itu, saya diberitahu oleh Datuk Seri Najib bahawa saya tidak sepatutnya melakukan sesuatu.
Shafee bertanya sama ada Shahrol mengesyaki terdapat sebarang aktiviti haram di 1MDB, disebabkan oleh permintaan Low yang tidak ada audit kerajaan dibuat.
Shahrol berkata ini kerana 1MDB hanya menerima RM4.3 bilion daripada bon RM5 bilion.
3.22pm: Shafee bertanya Shahrol jika dia menghantar mesej kepada Najib.
Shahrol berkata beliau menghantar mesej meminta Najib memberi ucapan pada hari ulang tahunnya dan pada musim perayaan.
Shafee berkata beliau boleh membawa telefon semasa Najib untuk menunjukkan bahawa Shahrol berada dalam “mod pesanan” ketika Shahrol adalah CEO 1MDB.
Shahrol: Silakan. Saya tidak bersalah.
Shafee bertanya sama ada saksi itu “diperbodohkan” kerana telah mengikut arahan Low.
3.02pm: Shafee berkata, Najib menulis bahawa beliau bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan dan proses ketekunan untuk menentukan harga pertimbangan 1MDB.
2.59pm: Surat tersebut mengatakan ketekunan wajar adalah keperluan yang diperlukan dan akan menghalang persepsi negatif terhadap kerajaan serta penggunaan dana pembayar cukai.
2.54pm: Shafee kini merujuk kepada surat bertarikh 7 Jun 2010 iaitu memo daripada Wan Abdul Aziz kepada Najib dan kemudian menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah.
Surat tersebut merujuk kepada audit dan proses ketekunan wajar oleh Jabatan Audit Negara.
Shafee berkata audit kerajaan terus dibuat walaupun lembaga penasihat 1MDB mengatakan tidak ada keperluan.
2.43pm: Shahrol berkata dia tidak mempunyai bukti bahawa surat kepada Najib pernah diterima.
Surat berkenaan tidak mempunyai syarat untuk pengauditan atau ketekunan wajar dilakukan oleh Ketua Audit Negara.
2.37pm: Ini adalah selepas Shahrol berkata “butiran percakapan” Low dihapuskan pada 2015, selepas Low pada tahun itu mengarahkan emel yang berkaitan dengan 1MDB dipadamkan.
2.34pm: Shafee berkata tiada bukti lain untuk menyokong apa yang dikatakan Shahrol.
2.25pm: Shahrol berkata beliau diberi taklimat mengenai “butiran percakapan” lembaga penasihat oleh Low.
Beliau berkata lembaga itu mungkin tidak sepatutnya bersetuju dengan keputusan berkenaan.
Shahrol berkata beliau diberitahu oleh Low bahawa keputusan lembaga itu telah dibuat dalam pertemuan sebelum ini antara Najib dan Wan Abdul Aziz.
2.17pm: Shahrol mengesahkan lembaga penasihat dipengerusikan oleh Najib dan lembaga itu terdiri daripada Setiausaha Agung Perbendaharaan Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, bekas ketua setiausaha kepada kerajaan Sidek Hassan dan Ketua Unit Perancang Ekonomi Nor Mohamed Yakcop.
2.15pm: Dalam surat itu, Shahrol berusaha mengesahkan keputusan dan arahan pada lembaga penasihat mengenai proses federalisasi TIA.
Beliau juga memaklumkan kepada Najib bahawa lembaga pengarah 1MDB telah melantik Ernst & Young sebagai juruauditnya.
2.12pm: Shafee merujuk kepada surat 1MDB yang ditulis oleh Sahrol dan dialamatkan kepada Najib.
Surat itu ditulis kepada Najib atas kapasitinya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.
Surat itu dihantar pada Disember 2009.
2.10pm: Mahkamah mula bersidang.
Sri Ram meminta maaf kepada mahkamah atas perubahan waktu yang dibuat.
Shahrol memberi keterangan. Shafee meneruskan pemeriksaan balasnya. – 14 Oktober, 2019.