Iklan

Najib tidak hadir ke mahkamah, berada di Parlimen

Bede Hong5 years ago15th Oct 2019Berita
1mdb 20191010 afif 07
Bekas perdana menteri Najib Razak tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kerana berada di Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2019.
Iklan

PERBICARAAN 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan selepas tertuduh, Najib Razak tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Peguam Najib Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah yang bekas perdana menteri itu berada di Parlimen di mana beliau diberi slot untuk bercakap.

Dalam mencari persefahaman mahkamah, Shafee berkata sebelum ini penggubal undang-undang DAP Karpal Singh dibenarkan menghadiri sesi Parlimen ketika beliau dalam perbicaraan atas dakwaan hasutan. 

“Pelanggan saya ingin memohon maaf kepada Yang Ariff dan Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram kerana beliau tidak dapat hadir hari ini atas sebab tak dapat dielakkan,” katanya.

Shafee berkata slot untuk Najib bercakap di Parlimen yang dijadualkan pada jam 11 pagi telah diambil oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Slot kemudiannya dialih di antara jam 3.10 hingga 3.20 petang.

Shafee berkata Najib telah menyediakan ucapannya selama dua minggu dan menarik diri dari berucap akan menyebabkan dia dilarang untuk bercakap selama dua bulan.

Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa beliau menerima arahan daripada Peguam Negara Tommy Thomas untuk menentang alasan sedemikian.

“Dia (Najib) boleh mendapatkan slot lain jika dia memaklumkan kepada speaker,” katanya

Shafee berkata mahkamah dan Parlimen tidak menganggu bidang kuasa masing-masing. – 15 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan