Iklan

Keakraban Najib, Raja Abdullah wujudkan kerjasama 1MDB-PetroSaudi

Bede Hong5 years ago16th Oct 2019Berita
Najib 1mdb trial 09
Bekas perdana menteri Najib Razak kelihatan berbual di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika hadir perbicaraan kes 1MDB hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Oktober, 2019.
Iklan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu hubungan peribadi antara bekas perdana menteri Najib Razak dan pemimpin Arab Saudi, allahyarham Raja Abdullah yang membawa kepada kerjasama gagal antara 1MDB dan PetroSaudi International pada 2009.

Bekas CEO 1Malaysia Development Bhd Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam keterangannya berkata kerjasama itu, yang sepatutnya bernilai AS$2.5 bilion, adalah hasil hubungan peribadi Najib dengan kerabat diraja Arab Saudi.

Pendakwa berkata hasil sangat sedikit terhasil daripada urus niaga itu dan berbilion wang diselewengkan oleh Najib dengan bantuan ahli perniagaan dalam pelarian Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low. 

Dalam soal balas hari ini, ketua peguam Muhammad Shafee Abdullah merujuk kepada kertas cadangan antara PetroSaudi International (PSI) dan 1MDB bernilai AS$2.5 bilion, di mana 1MDB akan menyuntik modal tunai AS$1 bilion.

PSI, pula akan melabur AS$2 bilion dalam bentuk aset, di mana selepas itu kedua-dua syarikat menolak nilai kepada AS$1.5 bilion. – 16 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.

Liputan langsung perbicaraan di sini.

Iklan
Iklan