Iklan

Boikot minyak sawit, New Delhi tidak terlibat

The Malaysian Insight5 years ago24th Oct 2019Berita
Tanjung piai 20191020 hasnoor 006
Malaysia adalah rakan dagang ke-10 terbesar India di mana negara ini mendapat hasil sebanyak AS$1.8 bilion dari jualan minyak sawit ke India. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Oktober, 2019.
Iklan

NEW Delhi tidak terlibat dalam langkah yang diambil oleh kumpulan minyak utama di Asia Selatan untuk menghentikan import minyak sawit dari Malaysia, lapor The Times of India.

Menteri Perdagangan India Piyush Goyal memberitahu akhbar itu bahawa kerajaan tidak ada sebarang pandangan, mungkin mereka (pedagang) tidak suka dengan pendirian Malaysia (terhadap Kashmir).

Piyush telah memberi maklum balas terhadap arahan oleh Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEAI), sebuah kumpulan yang memproses minyak sayuran untuk berhenti membeli minyak sawit dari Malaysia.

SEAI telah mengeluarkan arahan itu kepada ahli-ahlinya berikutan kritikan oleh kerajaan India terhadap komen Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad mengenai Jammu dan Kashmir.  

India muncul sebagai destinasi utama bagi produk minyak sawit mengikut data dari Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Pada 2018 eksport ke India berjumlah 2.514 juta tan diikuti oleh China pada 1.860 juta tan.

“Dalam kepentingan kia sendiri dan tanpa perpaduan negara, kita harus mengelakkan pembelian dari Malaysia buat masa ini. Kami percaya anda akan dengar nasihat kami,” kata SEAI dalam satu kenyataan. – 24 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan