Iklan

Biar Raja-Raja urus agama Islam, kerajaan urus negara, kata Siti Kasim

Siti kassim tmikamal 02 (1)
Siti Kasim mendesak hal ehwal agama Islam diserahkan langsung kepada Raja-Raja Melayu tanpa campur tangan kerajaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 25 Oktober, 2019.
Iklan

PERKARA berkaitan agama Islam perlu diuruskan Raja-Raja Melayu dan bukannya kerajaan, kata peguam Siti Kasim.

“Biarkan agama (Islam) untuk Sultan kerana itu bidang kuasa mereka, bukan di bawah kerajaan persekutuan. (Tugas) Kerajaan persekutuan adalah untuk menguruskan negara,” katanya pada forum “Whither Maruah Malaysia 2.0” di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir pada forum itu adalah bekas pengerusi Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan, ahli akademik Lim Teck Ghee, bekas ahli Parlimen Tawfik Ismail, Naib Presiden MCA Senator Ti Lian Ker, Pengerusi Jawatankuasa Orang Asli Majlis ahli akademik Profesor Tajuddin Rasdi , kolumnis Johan Ariffin Samad dan Adun Batu Lintang (PKR) See Chee How.

Siti yang juga pengerusi Jawatankuasa Orang Asli Majlis Peguam, berkata dasar agama di Malaysia kini semakin “rasis dan eksklusif”.

“Ikut ukuran sekarang, kita adalah salah sebuah negara paling rasis dan pelampau agama di dunia. Mana negara lain yang peruntukkan 90% tempat universiti awam untuk satu kaum? Malah ada universiti yang 100% untuk satu kaum sahaja.”

Katanya lagi, 80% penjawat awam juga orang Melayu: “Negara mana lagi dalam dunia sekarang yang mempunyai dasar terinstitusi terararah untuk satu kaum dibandingkan dengan jumlah penduduk sebenar (kecuali) Malaysia? Mana maruah di situ?

“Mana maruah membiayai urusan satu agama guna duit pembayar cukai bila perlembagaan kita meletakkan mandat agama lain tidak boleh diberikan dana yang bukan milik mereka?

“Mana maruah apabila tidak membenarkan manusia biasa mengamalkan agama pilihan dengan cara sendiri (dan memaksa mereka patuh) kepada apa yang digazetkan oleh undang-undang selaras dengan (kehendak) pihak digelar mufti dan majlis ulamak negeri?

“Tidak pernah Al-Quran membenarkan amalan sebegitu. Mana maruah memaksa orang lain ikut versi agama anda?”.

Siti juga berkata, walaupun Malaysia terbentuk pada kurun ke-20, ia masih tidak bebas daripada “pemecahan dan naluri terburuk penjajahan”. – 25 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.
 

Iklan
Iklan