Hakim 1MDB tarik diri kes saman RM680 juta terhadap firma Bustari
Iklan
HAKIM perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Najib Razak, Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada mendengar kes pelucuthakan RM680 juta oleh kerajaan terhadap OBYU Holdings Sdn Bhd.
OBYU Holdings dimiliki oleh Bustari Yusof, rakan rapat bekas perdana menteri Najib.
Putrajaya memfailkan saman lucut hak terhadap 11,991 barang barang kemas yang dirampas polis daripada kediaman keluarga Najib di Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada tahun lepas.
Sequerah memaklumkan kepada peguam mengenai keputusan menarik diri di dalam kamar hari ini, semasa pendengaran permohonan oleh syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty SAL untuk memeriksa 44 barang kemas yang dirampas.
Turut memohon sebagai pihak ketiga bagi tuntutan itu adalah Najib; isterinya, Rosmah Mansor; dan anak-anak mereka Nooryana Najwa dan Norashman.
“Disebabkan beliau mempunyai kaitan (bagi dua perbicaraan 1MDB dan kes OBYU), beliau merasakan bahawa demi keadilan, beliau menyerahkan kepada hakim lain,” kata peguam Global Royalty, David Gurupatham.
Pengurusan kes ditetapkan pada 9 Disember untuk seorang hakim baru menetapkan tarikh pendengaran selanjutnya mengenai tuntutan pihak ketiga, permohonan pemeriksaan atau perbicaraan sebenar, kata Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain kepada pemberita. – 1 November, 2019.
Berita penuh di sini