Iklan

Najib cabar lantikan peguam, perbicaraan tunggakan cukai RM1.7 bilion dihentikan

Bede Hong5 years ago8th Nov 2019Berita
Najib razak src 231019 tmiseth 04
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan 29 November untuk pengurusan kes bagi permohonan Najib mencabar kesahihan pelantikan D.P. Naban, seorang peguam cukai berpengalaman yang diupah pihak kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan terhadap bekas perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 November, 2019.
Iklan

PERBICARAAN saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan tunggakan cukai pendapatan RM1.69 bilion daripada Najib Razak dihentikan hari ini selepas peguam pembelaan mencabar lantikan peguam LHDN.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan 29 November untuk pengurusan kes bagi permohonan Najib mencabar kesahihan pelantikan D.P. Naban, seorang peguam cukai berpengalaman yang diupah pihak kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan terhadap bekas perdana menteri.

Najib juga sedang berusaha untuk membatalkan pelantikan Naban, mendakwa bahawa firma beliau - Lee Hishammuddin Allen & Gledhill - turut mewakili kes pendakwan bekas pemimpin Barisan Nasional, serta LHDN, dalam kes lain.

Mahkamah Tinggi telah menjadual permohonan Najib untuk penangguhan prosiding. 

Pada permulaan prosiding hari ini, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah sebaliknya menuntut untuk melihat surat pelantikan Naban.

Shafee memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau hanya mengetahui pelantikan Naban hari ini.

Peguam itu berkata pasukan pembelaan Najib mempunyai hak untuk melihat surat lantikan itu untuk menentukan “apakah beliau (Naban) mempunyai kelayakan.”

Naban menjawab bahawa beliau dilantik secara sah oleh peguam negara di bawah Seksyen 24 (3) Akta Prosiding Kerajaan 1956.

Shafee bagaimanapun enggan menerima alasan tersebut, menyebabkan hakim Ahmad Bache mengeluarkan perintah berkenaan. – 8 November, 2019.

Iklan
Iklan