Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan kenyataan saksi tidak dipanggil pendakwaan
Iklan
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk mendapatkan kenyataan saksi yang tidak dipanggil oleh pendakwaan untuk memberi keterangan dalam perbicaraan SRC International.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata kenyataan kenyataan yang dirakam oleh pegawai penyiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sulit dan tidak boleh didedahkan dan disiasat dalam mana-mana peringkat dalam perbicaraan.
“Ia sulit kerana atas pertimbangan polisi awam dan bagi mengelakkan kenyataan saksi dipinda,” kata Nazlan.
Selain itu beliau berkata berkata identiti saksi yang tidak dipanggil juga perlu dirahsiakan.
Nazlan juga menyifatkan permohonan Najib itu sebagai “pengumpulan maklumat”.
Pada masa yang sama, hakim menolak permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan kes SRC International yang dijadualkan bermula 3 Disember.
“Saya dapati pemohon (Najb) sudah diberi notis dan masa lebih dari yang mencukupi untuk merangka semula persiapan berkaitan.
“Oleh itu, saya menolak permohonan dan perbicaraan akan disambung semula pada 3 Disember, seperti yang diarahkan sebelum ini,” kata Nazlan.
Najib hari ini diwakili oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh, Farhan Read dan peguam lain.
Manakala pendakwaan diketuai oleh Peguam Negara Tommy Thomas dan V. Sithambaram. – 15 November, 2019.