Iklan

Najib mula tutup jejak bila skandal 1MDB terbongkar

Bede Hong5 years ago18th Nov 2019Berita
1mdb 20191118 afif 11
Pendakwa raya berkata bekas perdana menteri Najib Razak cuba menutup jejak tindakannya dalam kes 1MDB selepas skandal itu terbongkar pada 2015. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 18 November, 2019.
Iklan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bekas perdana menteri Najib Razak cuba memadamkan jejak jenayahnya dalam 1MDB selepas skandal itu terbongkar pada 2015 dengan meminda laporan audit syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram, yang mengetuai pasukan pendakwa dalam perbicaraan kes Najib mengubah audit 1MDB, berkata pasukannya akan membuktikan Najib, bersama bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang bersubahat, mengubah laporan audit kerajaan 2016 berkenaan syarikat pelaburan negara yang bermasalah itu.

Dalam kenyataan pembukaannya hari ini, Sri Ram berkata selepas berkonspirasi dengan ahli perniagaan yang kini dalam buruan, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low untuk menyeleweng wawng itu, Najib mula bertindak menutup jejaknya.

“Peribahasanya ialah kebenaran akan diketahui juga. Itu yang berlaku di sini. Pada awal Julai 2015, skandal 1MDB terbongkar. Ia mendapat perhatian luas. Najib kemudian mula menutup jejaknya.

“Tidak jauh beza dengan apa yang dilakukannya pada perbicaraan kes 1MDB yang masih berlangsung. Salah satu langkah yang diambil untuk menutup jejaknya tentang sejauh mana peranannya dan Jho Low dalam perniagaan dan hal ehwal 1MDB dalam kes itu. Objektifnya ialah menutup kebenaran.”

Satu laporan disediakan oleh ketua audit negara pada masa itu, Sri Ram berkata:”Ada perenggan dalam laporan itu yang mencetuskan kebimbangan kepada Najib walaupun ia fakta benar. Beliau jadi gelisah. Beliau ambil langkah untuk mengubah atau mengeluarkan perenggan itu. Apa yang berlaku itu tidak normal.”

Sri Ram berkata walaupun laporan itu sudah sedia untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara di Parlimen, satu mesyuarat diadakan pada 24 Februari, 2016 atas arahan Najib yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha negara pada masa itu. – 18 November, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan