Pertuduhan terhadap Arul Kanda mungkin digugurkan, kata peguam
Iklan
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur boleh menarik balik pertuduhan bersubahat terhadap Arul Kanda Kandasamy dalam kes mengubah laporan audit jika bekas ketua pegawai eksekutif itu diarah memberikan bukti kepada pihak pendakwa, kata peguamnya.
N. Sivanathan memberitahu wartawan bahawa mengikut seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang dipetik di mahkamah hari ini, mengandungi klausa untuk tertuduh memberi keterangan.
“Pada asasnya ia membenarkan pendakwa memanggil tertuduh untuk menjadi saksi pendakwa dan sebaik saja dia melengkapkan buktinya, kemudian dia akan diberikan perlindungan daripada tindakan terhadapnya, bukan saja di sini tetapi hal lain berkaitan bukti yang diberikannya,” katanya.
Peguam itu berkata sebagai tertuduh bersama, anak guamnya tidak boleh diarah memberikan keterangan yang boleh menjejaskan dirinya sendiri.
“Jika mahkamah membenarkan, maka kedudukan kita akan bermaksud menyerahkan buktinya, pertuduhan itu perlu digugurkan terhadapnya.
“Jika beliau berikan bukti, maka sepatutnya ia akan diikuti dengan pertuduhan terhadapnya digugurkan,” katanya. – 18 November, 2019.
Berita penuh di sini.