Iklan

Sri Ram tawar khidmat percuma kepada DBKL

Bede Hong5 years ago25th Nov 2019Berita
Gopal sri ram tmikamal 01
Kementerian Wilayah Persekutuan menafikan ia membayar sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan khidmat peguam terkenal Gopal Sri Ram bagi kes Taman Rimba Kiara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 November, 2019.
Iklan

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan menafikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membayar “sejumlah besar” wang untuk mengupah Gopal Sri Ram dalam kes pertikaian pembangunan, dan peguam terkenal itu menawarkan perkhidmatannya secara percuma.

“Media hari ini melaporkan DBKL melantik Gopal Sri Ram sebagai peguamnya dalam kes Taman Rimba Kiara.

“Dimaklumkan beliau sebenarnya menawarkan pro bono bagi perkhidmatannya kepada DBKL untuk kes ini. Apabila tawaran ini dirujuk kepada firma guaman yang mewakili DBKL, ia bersetuju untuk mengambilnya.”

“Oleh itu, tuduhan DBKL membelanjakan sejumlah besar untuk perkhidmatannya adalah palsu dan tidak berasas,” kata Kementerian Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu adalah respons kepada laporan The Insight Malaysia yang penduduk Tun Dr Ismail (TTDI) berang Sri Ram diupah oleh DBKL bagi kes pembangunan Taman Rimba Kiara (TRK). – 25 November, 2019.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan