Iklan

UM duduki tempat ke-13 terbaik di Asia

The Malaysian Insight5 years ago27th Nov 2019Berita
Anwar ibrahim 20191024 hasnoor 027
Universiti Malaya berada di kedudukan ke-13 universiti terbaik Asia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 November, 2019.
Iklan

UNIVERSITI Malaya melonjak ke tangga ke-13 dalam QS University Rankings Asia, universiti tempatan pertama menduduki kedudukan setinggi itu setakat ini.

Tahun lepas, UM berada di kedudukan ke-19. 

Dalam QS Ranking Global 2020 pula, UM berada di kedudukan ke-70 berbanding ke-114 sebelum ini, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di Dewan Rakyat, hari ini.

Tiga universiti awam turut tersenarai dalam kedudukan 200 teratas universiti terbaik dunia itu. Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tangga ke-159, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada kedudukan 160 dan Universiti Sains Malaysia di tangga ke-165.

Universiti awam lain yang berada di kedudukan 1000 teratas ialah Universiti Teknologi Malaysia (217), Universiti Utara Malaysia (591) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (651).

“Peningkatan dalam ranking ini adalah disebabkan pertambahan pengantarabangasaan institusi tersebut dan lebih banyak kerjasama dijalinkan mereka dengan gergasi global,” kata Maszlee menjawab soalan Aaron Ago Dagang (GPS-Kanowit).

Maszlee berkata beberapa buah universiti swasta turut masuk kedudukan 1000 terbaik, antaranya Universiti UCSI, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Taylors dan Universiti Sunway.

Dalam kalangan universiti tempatan, Universit Teknologi Mara (Uitm) melonjak paling jauh, daripada tangga 158 (2019) kepada 119 pada 2020. – 27 November, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan