Iklan

Najib janji selesaikan percanggahan dalam laporan audit 1MDB, kata saksi

Bede Hong5 years ago27th Nov 2019Berita
1mdb trial 20191127 hasnoor 002
Bekas perdana menteri Najib Razak ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes berkenaan 1MDB hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 November, 2019.
Iklan

LAPORAN audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang asal tidak pernah pernah sampai kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas bekas perdana menteri Najib Razak berjanji untuk menyelesaikan percanggahan, kata bekas ketua audit negara Ambrin Buang hari ini.

Saksi pendakwaan berusia 70 tahun itu memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau bersetuju untuk mengubah laporan audit 1MDB selepas berjumpa dengan Najib pada 22 Februari, 2016.

Turut hadir pada pertemuan itu ketua setiausaha negara ketika itu Ali Hamsa dan ketua setiausaha sulit Najib Shukry Mohd Salleh.

Najib yang juga menteri kewangan mengambil isu dengan hakikat bahawa laporan audit menyatakan terdapat dua penyata kewangan untuk 1MDB bagi 2014, mahkamah didengar.

“Implikasi menggugurkan fakta daripada laporan audit 1MDB adalah sangat serius namun mereka menggugurkannya untuk memenuhi permintaan Datuk Seri Najib, dengan jaminan beliau “akan selesaikan perkara ini”.

“Sebagai ketua audit ketika itu, dan juga penjawat awam, saya melihat permintaan Datuk Seri Najib, yang dibuat atas kapasitinya sebagai perdana menteri, sebagai sesuatu yang perlu dipatuhi tanpa sebarang syak wasangka.

“Malah terdapat mesyuarat susulan yang mengesahkan pelan tindakan akan dijalankan oleh pihak berkuasa bagi menyiasat perkara berbangkit dalam laporan audit,” kata Ambrin ketika memberi keterangan.

Najib dituduh menggunakan kedudukannya untuk mengeluarkan bahagian akhir laporan audit 1MDB antara 22 dan 26 Februari, 22016 di Jabatan Perdana Menteri sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Akaun Awam, untuk melindungi dirinya daripada dikenakan tindakan.

Bekas CEO 1MDB Arul Kanda turut dibicarakan kerana bersubahat dengan Najib. Kedua-duanya hadir di mahkamah hari ini.

Ambrin mengesahkan satu lagi mesyuarat diadakan pada 24 Februari, 2016 yang dihadiri oleh sembilan pegawai termasuk dirinya, Arul Kanda, Ali, setiausaha sulit kepada Norazman Ayub, Saadatul Nafisah, wakil Jabatan Peguam Negara Dzulkifli Ahmad, wakil Perbendaharaan Mohamad Isa Hussain dan Asri Hamdin serta Shukry.

Mesyuarat berkenaan direkod secara rahsia oleh Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus), Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad.

Ambrin turut mengesahkan beliau mengarahkan semua salinan asal laporan audit 1MDB dimusnahkan, yang disimpan oleh Salwani.

Beliau memberitahu mahkamah beliau berbuat demikian kerana tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972, dan satu salinan berkenaan adalah untuk kegunaan dalaman.

Ambrin turut disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram berhubung rakaman audio Salwani. Ambrin berkata tiada tempat untuk Salwani pada  mesyuarat pada 24 Februari.

Ambrin: Sebagai penyelaras bersama tugasnya adalah untuk mencatat nota perbincangan, kerana mesyuarat berkenaan membincangkan isu sangat penting. Terdapat arahan tetap yang perlu beliau patuhi.

Sri Ram: Apabila beliau letakkan perakam audio dalam kotak pensil, adakah kamu menyifatkan ia sebagai satu salah laku?

Ambrin: Tidak, kerana pada saya sekiranya beliau hadir mesyuarat, beliau tak perlu rakam. Ianya juga untuk kegunaan dalaman.– 27 November, 2019.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan