Kes 1MDB: Saya tidak akan jejaskan integriti, kata bekas ketua audit
Iklan
BEKAS ketua audit negara Ambrin Buang memberitahu mahkamah beliau tidak akan menjejaskan integritinya ketika beliau bersetuju dengan perubahan yang diminta perdana menteri pada masa itu Najib Razak dan pegawai kerajaan lain terhadap laporan audit berkenaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Saksi berusia 70 tahun itu disoal balas hari ini oleh ketua peguam Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan kes mengubah laporan audit membabitkan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Menjawab soalan Shafee, Abrin juga berkata beliau tidak terfikir untuk membuat laporan polis walaupun permintaan untuk mengubah itu “dekat dengan jenayah”, kerana beliau melihat kepada fakta pada masa itu.
Mesyuarat dihadiri Ambrin di mana Najib dan pegawai kerajaan lain memohon untuk pindaan kepada laporan audit 1MDB berlaku pada Februari 2016.
Shafee bertanya kepada Ambrin sama ada beliau merasakan melakukan sesuatu yang salah atau tidak bermoral apabila bersetuju untuk mengubah laporan itu, yang perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen.
Shafee: Apa juga perubahan yang anda buat, adakah anda mengatakan di mahkamah ini yang anda menjejaskan integritinya untuk memenuhi permintaan itu?
Ambrin: Tidak.
Shafee: Secara khususnya adakah anda menjejaskan kedudukan anda atau jabatan anda, apabila anda memenuhi perubahan tertentu? Secara am, anda tidak menjejaskan profesion anda?
Ambrin: Tidak.
Shafee: Jika seseorang minta anda buat sesuatu yang salah, atau tindakan yang tidak berintegriti atau mengakibatkan integriti terjejas, adakah anda akan lakukan?
Ambrin: Tidak. – 28 November, 2019.
Berita penuh di sini.