Ambrin pertahan tindakan kakitangan rakam audio mesyuarat 1MDB
Iklan
BEKAS ketua audit negara Ambrin Buang hari ini mempertahankan tindakan kakitangan Jabatan Audit Negara (JAN) Nor Salwani Muhammad kerana membuat rakaman audio mesyuarat pegawai kerajaan tertinggi pada 24 Februari 2016 yang membincangkan mengenai pindaan laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan untuk memusnahkan salinan asalnya.
Ambrin disoal balas oleh Muhammad Shafee Abdullah, peguam utama bagi bekas perdana menteri Najib Razak semasa perbicaraannya kerana meminda laporan audit 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Shafee bertanya kepada Ambrin jika Nor Salwani mendapat kebenaran merekodkan mesyuarat itu dan dijawab Ambrin “Beliau tidak perlu”.
Shafee kemudian bertanya sama ada Nor Salwani sepatutnya meminta kebenaran daripada pengerusi mesyuarat yang ketika itu adalah ketua setiausaha negara (KSN) Ali Hamsa dan dijawab
Ambrin: “Jika beliau dibenarkan berada dalam mesyuarat, tiada keperluan alat perakam itu.”
Shafee: “Soalan saya ialah, tidakkah anda fikir ia lebih wajar untuk bertanya kepada pengerusi, ‘Bolehkah saya merakam prosiding?’, sebagai tanda budi bahasa dan kesesuaian?
Ambrin: Bagi saya, tidak perlu meminta izin kerana niat utamanya adalah untuk mengambil nota untuk kegunaan kita sendiri.
Ambrin berkata beliau mengetahui kewujudan rakaman audio daripada penyiasat ketika ditanya mengenai kes hujung tahun lepas. Ambrin berkata hanya ketika itu Nor Salwani memberitahunya “keseluruhan cerita.”
Shafee: Saya cadangkan kepada anda bahawa ia (mesyuarat 24 Februari) direkodkan dengan secara curi-curi. Mereka boleh memainkan mesin rakaman secara terbuka di depan semua orang.
Ambrin: Saya fikir perkara paling baik adalah membenarkannya menghadiri mesyuarat.
Shafee: Saya tidak salahkan anda. Saya menyalahkan semua orang. Seseorang dari jabatan anda boleh berkata, saya mahu pegawai junior mengambil rakaman dan sertai mesyuarat.
Ambrin: Saya tidak jangka beliau akan dikecualikan. – 28 November, 2019.
Berita penuh di sini