Iklan

Pinda laporan audit 1MDB untuk jaga nama baik Najib, kata Ambrin

Bede Hong5 years ago28th Nov 2019Berita
1mdb trial 20191127 hasnoor 008
Bekas ketua audit negara Ambrin Buang (kanan) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau diberitahu demikian oleh ketua setiausaha negara Ali Hamsa dan ketua setiausaha sulit Najib, Shukry Mohd Salleh semasa mesyuarat pada 24 Februari 2016. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 November, 2019.
Iklan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa imej bekas perdana menteri Najib Razak akan terjejas jika laporan akhir audit 1MDB tidak dipinda.

Bekas ketua audit negara Ambrin Buang memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau diberitahu demikian oleh ketua setiausaha negara Ali Hamsa dan ketua setiausaha sulit Najib, Shukry Mohd Salleh semasa mesyuarat pada 24 Februari 2016.

“Mereka kata imej Najib akan tercemar. Kalau namanyanya tercemar, nama negara juga akan tercemar. Ini yang mereka beritahu saya untuk tekan saya supaya pinda laporan,” kata Ambrin, 70, ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram.

Perbualan itu dirakam dalam rakaman audio perbicangan mesyuarat, yang dirakam oleh Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara (JAN) Nor Salwani Muhammad.

Rakaman audio dimainkan di mahkamah pada perbicaraan hari ini dan semalam.

Saksi pendakwaan itu juga mengesahkan mesyuarat tersebut dihadiri sembilan pegawai termasuk dirinya; Ali; setiausaha sulit kanan Ali, Norazman Ayob; bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy; juruaudit kanan JAN, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad; wakil Pejabat Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad; wakil Perbendaharaan, Mohamad Isa Hussain dan Asri Hamdin; serta Shukry.

Ambrin memberitahu mahkamah, Ali dan Shukry melahirkan rasa bimbang laporan tersebut akan menjejaskan reputasi Najib dan kerajaan ketika itu.

“Ali kata kena jaga ‘kepimpinan’,” katanya kepada mahkamah.

Apabila ditanya apakah maksud “kepimpinan”, Ambrin berkata ia merujuk kepada Najib. – 28 November, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan