Iklan

Nasib Taman Rimba Kiara bergantung keputusan Mahkamah Rayuan

Bede Hong5 years ago1st Dec 2019Berita
Taman rimba kiara 20191130 afif 02
Taman Rimba Kiara menjadi kemelut antara penduduk TTDI dan DBKL sehingga isu itu terpaksa dibawa ke mahkamah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 1 Disember, 2019.
Iklan

ORANG awam mula datang ke Taman Rimba Kiara selepas subuh untuk berjoging.

“Ramai yang berjoging di waktu pagi,” kata Dewa, penduduk dari kawasan kejiranan rumah panjang di Bukit Kiara.

Bagi pelawat, kawasan seluas 24 ekar itu kelihatan aman. Tapi sebenarnya, taman itu menjadi kemelut antara penduduk dan kerajaan serta pemaju sejak 2014 yang kini sudah memasuki proses perundangan.

Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) kini menunggu semakan keputusan di Mahkamah Rayuan pada 15 Januari tahun depan yang akan menentukan sama ada permohonan keputusan kehakiman bagi mencabar kelulusan Dewan Bandararaya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap projek pembangunan Taman Rimba Kiara.

Penduduk mahu arahan mahkamah untuk membatalkan semua pembangunan yang di bawah pemaju hartanah Malton Bhd dengan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), sebuah yayasan yang dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.

Penduduk TDDI mengemukakan permohonan semakan keputusan di Mahkamah Tinggi pada 2016 bagi menghalang projek pembangunan itu yang dikhuatiri memusnahkan Taman Rimba Kiara.

Tetapi mahkamah menafikan permohonan itu pada tahun berikutnya.

Turut terlibat dalam kemelut ini adalah 100 keluarga dari penempatan rumah panjang berdekatan Kiara yang dijanjikan pelan penempatan semula oleh YWP pada 2015 apabila DBKL meluluskan projek pembangunan melibatkan kawasan seluas 12 ekar.

Pembangunan itu adalah pembinaan pangsapuri 29 tingkat dengan 350 unit rumah mampu milik selain lapan blok pangsapuri serta lapan tingkat kemudahan tempat letak kereta.

Kawasan pembangunan itu kemudiannya dikurangkan kepada lapan ekar, namun penduduk tidak mahu mendengar perkara itu.

Mereka percaya keperluan penduduk berpendapat rendah serta pemeliharaan kuil Sri Maha Muniswarar Kaliamman dapat ditepati tanpa perlu memusnahkan mana-mana kawasan taman itu.

Timbunan batu bata dapat dilihat di pintu masuk tempat letak kereta Taman Rimba Kiara selepas kerja pembinaan dihentikan pada Januari tahun ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 1 Disember, 2019.

Dalam pada itu, penduduk mendapati Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Hannah Yeoh berpihak kepada mereka dan mahu pembangunan dihadkan dalam kawasan 4.4 ekar.

Mei lalu, Ahli Parlimen Segambut itu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembangunan itu termasuk penglibatan bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor. Pemimpin Umno itu kini berdepan kes berasingan berkaitan rasuah.

Semua pembinan di Taman Rimba Kiara digantung pada Januari.

Tinjauan The Malaysian Insight mendapat hanya pembinaan kecil yang telah dijalankan selain timbunan batu bata dekat bahagian masuk tempat letak kereta.

“Kami hanya mahu rumah mampu milik,” kata penduduk rumah panjang Bukit Kiara, Venga kepada The Malaysian Insight.

“Kami hanya mahu pangsapuri kos rendah. Itu sudah mencukupi,” katanya sambil menambah kebanyakan penghuni rumah panjang itu meraih pendapatan gaji minimum.

“Jika mereka bina kondominium, semua yang ada di sini akan musnah.” – 1 Disember, 2019.

Berita penuh di sini. 
 

Iklan
Iklan