Iklan

Najib jelaskan penubuhan 1MDB dan peranan Jho Low

Bede HongRavin Palanisamy5 years ago3rd Dec 2019Berita
Najib razak 20191203 afif 04
Bekas perdana menteri Najib Razak dalam keterangannya membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkata beliau tahu Jho Low kenalan rapat kepada Sultan Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 3 Disember, 2019.
Iklan

BEKAS perdana menteri Najib Razak mula membela diri hari ini dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd dengan memperincikan penubuhan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan peranan ahli perniagaan dalam pelarian Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Najib, ketika membaca bahagian pertama keterangan saksi sebanyak 243 halaman, berkata beliau tahu Jho Low kenalan rapat dengan sultan ketika pendahulu 1MDB, Terengganu Investment Authority (TIA) ditubuhkan pada 2009.

“Jho Low pada masa itu, kenalan rapat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong. Jho Low juga rapat dengan kakak Yang di-Pertuan Agong, Tengku Rahimah almarhum Sultan Mahmud.

“Konsep TIA, apa yang saya faham, terhasil daripada perbincangan antara Jho Low dan Tuanku Mizan dan kerajaan negeri Terengganu.

“Saya difahamkan Jho Low dilantik sebagai penasihat kepada pengerusi lembaga pengarah TIA iaitu Tuanku Mizan sendiri,” kata Najib.

Najib berkata pada 2009, kerajaan negeri Terengganu dan Menteri Besar Terengganu Incorporate (MBTI) bersama Yang di-Pertuan Agong pada masa itu, Tuanku Mizan memutuskan untuk menubuhkan syarikat pelaburan negara dengan kapital RM11 bilion, diberi nama Terengganu Investment Authority (TIA).

Dana itu sepatutnya dikumpulkan daripada royalti minyak Terengganu sejumlah RM6 bilion dengan baki RM5 bilion dikumpul daripada nota jangka sederhana Islamik (IMTN).

Najib berkata pada masa itu, beliau dijemput atas kapasitinya sebagai menteri kewangan untuk membantu pengeluaran IMTN.

“Akhirnya, kerajaan negeri dan MBTI tidak bersetuju dengan syarat IMTN, walaupun ia sudah dikeluarkan. Kesannya ialah pada 8 Ogos, 2009, Kabinet memutuskan kerajaan persekutuan patut mengambil alih TIA.

“Ia keputusan yang dibuat untuk melindungi kerajaan negeri dan Yang di-Pertuan Agong daripada malu dan bagi mengelak kesan negatif terhadap pasaran bon Malaysia,” katanya. – 3 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan