APEC penting untuk dagangan Malaysia, kata PM
Iklan
MENJADI kepentingan bagi Malaysia untuk memastikan wilayah ini kekal mesra perniagaan kerana Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) penting bagi dagangan negara ini, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap pada pelancaran APEC 2020 hari ini, Dr Mahathir berkata kerjasama dagangan penting kepada Malaysia kerana wilayah ini menyumbang lebih 80% daripada jumlah keseluruhan dagangan kita, membawa masuk lebih 70% pelaburan langsung asing dalam sektor pembuatan.
“Kira-kira 40% peluang pekerjaan tercipta disumbangkan secara langsung oleh aktiviti berkaitan dengan eksport. Oleh itu kami akan memastikan wilayah ini kekal mesra perniagaan, dan dagangan dan dasar pelaburan membawa kemakmuran kepada semua, hinggalah kepada mereka di jalanan,” katanya.
Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi APEC 2020, selepas 22 tahun. – 4 Disember, 2019.
Berita penuh di sini.