Iklan

Najib nafi ada kepentingan peribadi dalam SRC International

Bede HongRavin Palanisamy5 years ago4th Dec 2019Berita
Najib razak 041219 tmiseth 02
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata beliau tidak mempunyai kepentingan dalam SRC International.– Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Disember, 2019.
Iklan

BEKAS perdana menteri Najib Razak, yang sedang dibicarakan kerana didakwa menyeleweng RM42 juta juta dana dari SRC International berkata, beliau tidak pernah ada kepentingan peribadi atau kewangan dalam syarikat itu. 

“Sekali lagi saya tekankan bahawa saya tidak ada sebarang penglibatan secara peribadi atau kewangan dalam SRC International,” kata tertuduh berusia 66tahun itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

“Keutamaan saya hanya memastikan kejayaan SRC International mencapai objektifnya untuk faedah negara,” katanya ketika pemeriksaan balas dijalankan oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed.

Najib juga berkata adalah perkara biasa untuk jaminan kerajaan diberikan kepada syarikat milik MoF Inc bagi membolehkan syarikat itu mendapat dana dengan cepat dan dengan syarat lebih baik.

Menyifatkan kabinet sebagai tulang belakang kerajaan, Najib berkata ia meluluskan kedua-dua pinjaman dan juga memaklumkan milikan SRC International akan dipindahkan kepada MoF Inc.

Wan Aizuddin: Sebagai Menteri Kewangan, adakah Datuk Seri mempunyai kepentingan dalam syarikat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan?

Najib: Keutamaan saya adalah bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan MoF dibuat dalam kepentingan terbaik kerajaan. Saya juga berhasrat untuk menambah bahawa kementerian kewangan tidak pernah menarik diri daripada sebarang perbincangan melibatkan syarikat  MoF kerana sekiranya ia berbuat demikian, tiada siapa akan pertahankan kertas cadangan yang dibentangkan.

Tambahnya, ia tidak masuk akal untuk mencadangkan Kementerian Kewangan akan menarik diri berdasarkan kepentingan profesional.– 4 Disember, 2019.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan