Iklan

Polis ugut tahan keluarga saya, kata tahanan LTTE

Bede Hong5 years ago5th Dec 2019Berita
Iklan

TERTUDUH yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) memberi keterangan di mahkamah hari ini berhubung dakwaan didera semasa berada dalam tahanan polis ketika disoal dua bulan lalu.

Pemilik restoran B Subramaniam ditangkap dan disoal di ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman pada 13 Oktober kerana memiliki bahan termasuk video berkaitan LTTE.

“Ketika saya berada di bilik siasatan, ada empat orang. Seorang lelaki memakai gelang perak dan memegang sebotol air. Beliau berbadan besar,” kata Subramaniam, 57, memberitahu hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi.

Subramaniam yang berpakaian kemeja putih dan garinya dibuka sebelum mengambil tempat di kandang saksi, bercakap dalam bahasa Tamil.

“Pegawai itu memegang rokok di sebelah tangan  manakala pegawai lain mengambil catatan.

“Bilik itu kecil dan berhawa dingin. Terdapat air di lantai dan mereka meminta saya mengelapnya.

“Mereka berkata kepada saya: ‘Kami raja di sini. Kami bukan pekerja anda. Semua dinding dipenuhi darah dan jangan paksa kami buat begitu pada anda. Adakah anda tahu, ada orang yang dipukul dan dicampak ke dalam belukar?

“Pegawai yang mencatat memberitahu saya, beliau datang khas dari Sarawak dan memberi amaran jika saya tidak bekerjasama dengannya, keluarga saya akan ditangkap dan disiasat.”

“Beliau berkata jika saya dipukul di tengah jalan dan ditembak, polis susah mencari saya kerana saya mempunyai banyak musuh.” – 5 Disember, 2019.

MENYUSUL

Iklan
Iklan