2,000 penyokong sambut kepulangan Shafie di Semporna
Iklan
KETIBAAN Presiden Warisan, Shafie Apdal di kampung halamannya, Semporna hari ini dengan sambutan hangat kira-kira 2,000 penyokong sehari selepas dibebaskan daripada reman bagi siasatan berhubung rasuah.
Laluan ke kediaman beliau sesak dengan trafik sejauh 2km ketika penyokong ahli Parlimen Semporna menuju ke rumahnya, menyaksikan orang ramai mula berkumpul sejak jam 10 pagi.
Hujan tidak menghalang mereka daripada berhimpun di Dewan Datuk Seri Shafie Apdal, sebuah dewan bersebelahan rumahnya dalam kawasan yang sama.
Perhimpunan itu diadakan untuknya selepas dibebaskan dengan jaminan semalam.
Beliau ditangkap pada 19 Oktober bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan penyelewengan dana RM1.5 bilion daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang pernah diketuainya ketika bersama Umno.
Shafie, yang digantung daripada parti komponen Barisan Nasional pada 2015 selepas mengkritik Perdana Menteri Najib Razak, yang kemudiannya menubuhkan parti pembangkang, Warisan.
Beliau mengatakan siasatan rasuah terhadap kementeriannya adalah bermotifkan politik.
Selepas pembebasannya semalam, beliau berjanji untuk mendedahkan maklumat mengenai Ketua Menteri Umno Sabah, Musa Aman serta maklumat mengenai tuduhan dalam siasatan itu. – 28 Oktober, 2017.