Muhyiddin, Shafie dipecat kerana buat kenyataan luar Kabinet, kata Najib
Iklan
BEKAS perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkata beliau bertindak dalam kuasanya apabila menyingkirkan Muhyiddin Yassin dan Mohd Shafie Apdal daripada Kabinet pada 2015.
Najib yang berdepan tujuh pertuduhan jenayah kerana menyalahgunakan RM42 juta daripada SRC International, disoal balas oleh Peguam Negara Tommy Thomas berkenaan skop kuasa perdana menteri.
Ditanya mengapa beliau menyingkirkan dua individu berkenaan, Najib berkata ia kerana mereka membuat kenyataan di luar Kabinet.
Muhyiddin ialah timbalan perdana menteri pada masa itu sementara Shafie menteri pembangunan luar bandar dan wilayah sebelum digugurkan daripada Kabinet dalam rombakan pertengahan penggal pada 28 Julai, 2015.
Bagaimanapun, mereka berkata digugurkan kerana mengkritik cara Najib mengendalikan skandal 1Malaysia Development Bhd.
Muhyiddin kini presiden Bersatu, parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) sementara Shafie presiden Warisan di Sabah, yang juga sekutu PH.
Ketika disoal balas hari ini, soalan kebanyakan fokus kepada pemahaman bekas perdana menteri itu tentang bagaimana operasi syarikat dan struktur tadbir urus. – 10 Disember, 2019.
Berita penuh di sini.