Saya tak ada kuasa mutlak terhadap KWAP, SRC International, kata Najib
Iklan
NAJIB Razak menyangkal cadangan dibuat oleh Tommy Thomas bahawa beliau mempunyai kuasa untuk mempengaruhi lembaga dan pengurusan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan SRC International.
Bekas perdana menteri berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam negara mengenai sejauh mana keupayaan beliau untuk menguruskan KWAP dengan kemampuannya untuk melantik dan memecat pengurusan kanan.
Ahli Parlimen Pekan itu ditunjukkan surat bertarikh 3 Jun 2011 daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil memohon pinjaman pertama KWAP sebanyak RM3.95 bilion.
Surat itu mempunyai tandatangan Najib dengan kata-kata “bersetuju”. Pinjaman itu kemudian dikurangkan kepada RM2 bilion.
Najib menolak cadangan Thomas bahawa panel pelaburan KWAP merasakan kelulusan Najib sebagai arahan untuk meluluskan pinjaman itu kepada SRC International.
Najib: Saya tandatangan dan setuju dengan permohonan itu, tetapi itu tidak semestinya bermaksud panel pelaburan KWSP akan mengikut cadangan saya.
Terdapat keyakinan mereka perlu membuat penilaian yang tepat. Mereka menyedari ada kewajipan untuk menjaga kepentingan perbadanan.
Dalam pengalaman saya, mustahil seorang perdana menteri mengawasi daya maju mana-mana pelaburan. Ia bukan tugas perdana menteri. Seorang menteri perlu melihat prestasi makro untuk memastikan projek itu berada dalam skop pengurusan. Dalam kes ini, ia adalah panel pelaburan yang memutuskan pelaburan itu berdaya maju atau tidak. – 10 Disember, 2019.
Berita penuh di sini.