Orang awam desak buka semula fail ditutup, kata pesuruhjaya SPRM
Iklan
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya mengakui digesa oleh orang awam untuk membuka pelbagai fail kes rasuah yang lalu.
Katanya, SPRM akan mengkaji semula kes yang menjadi kepentingan awam tetapi enggan memberitahu kes yang mana dan menegaskan ia akan menjejaskan siasatan pada masa depan.
“Masing-masing nampaknya ada fail pilihan sendiri. Mengapa kamu tidak siasat kes Sarawak? Mengapa kamu tidak siasat kes Teoh Beng Hock? Terdapat banyak kes, yang saya tidak boleh sebutkan.
“Sebahagian daripadanya, saya dimaklumkan telah ditutup. Saya tidak pasti mengapa ia ditutup sedangkan ada orang memberitahu saya ada kes. Saya perlu menangani perkara ini. Saya menerima satu persatu memo mengenai kes yang mereka (SPRM) beritahu saya tiada kes dan saya mendapat maklumat tambahan dan bukti.
“Saya perlu melihat kembali fail tersebut dan semak semula jika ia ditutup atau tidak dengan betul,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Bercakap di luar forum antirasuah yang dianjurkan oleh Transparency International Malaysia, Latheefa enggan menamakan kes yang mungkin dibuka semula. – 12 Disember, 2019.
Berita penuh di sini