Iklan

Rewcastle Brown terkejut keputusan mahkamah

Bede Hong5 years ago13th Dec 2019Berita
Conflict of interest 210219 tmiseth 01
Clare Rewcastle-Brown “terkejut dan sedih” dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang mengatakan ada unsur fitnah terhadap Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah di dalam bukunya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Disember, 2019.
Iklan

CLARE Rewcastle-Brown “terkejut dan sedih” dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini bahawa ada unsur fitnah terhadap Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah di dalam buku “The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose”.

Editor Sarawak Report itu memberitahu The Malaysian Insight yang saman fitnah oleh Sultanah Nur Zahirah itu dapat diselesaikan dengan baik.

Saman itu memberi tumpuan terhadap satu perenggan di dalam buku itu yang mendakwa ahli perniagaan Low Taek Jho mendapat sokongan Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan peranan sebagai penasihat rasmi dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya sangat terkejut. Ini satu penghakiman luar biasa,” katanya kepada The Malaysian Insight selepas keputusan itu dibuat oleh Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim. 

Dalam keputusannya hakim berkata Rewcastle-Brown perlu hadir ke mahkamah untuk mempertahankan diri dan akan diperiksa balas oleh plaintif.

Dua lagi defendan yang dinamakan dalam saman iaitu penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan syarikat percetakan Vinlin Press Sdn Bhd juga perlu hadir ke mahkamah.

Ahmad berkata Sultanah Nur Zahirah tidak perlu menghadirkan diri ke mahkamah memandangkan telah mempunyai bukti mencukupi menunjukkan yang plaintif difitnah.

Dalam edisi kedua buku Rewcastle-Brown, perkataan “isteri sultan” ditukar kepada “adik sultan”.

Dalam satu kenyataan di dalam laman web Sarawak Report tahun lalu Rewcastle-Brown meminta maaf kepada Sultanah Nur Zahirah sekiranya “kecewa dengan salah tafsiran makna kami”. – 13 Disember, 2019.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan